»

14 November 2012

Kisah Benar JR: Murtad


Dah seminggu heboh di TV dan akhbar isu murtad. Perlu ke JR komen? Rasanya tak payah kot!!!

Bila ramai yang bercakap tentang murtad,  JR teringat adik ipar JR bernama Din. Din adalah suami kepada adik perempuan JR, Shima. Masa Shima perkenalkan Din kepada JR dulu, JR macam tak percaya bahwa Din adalah seorang mualaf. Ini kerana wajahnya benar-benar macam Melayu, lebih Melayu dari Apex penjaga gol Kelantan itu. Gaya dia bercakap tak nampak langsung seperti seorang Cina, tak ada slang Cina sedikitpun.

Rupanya selepas berborak dengannya, Din beritahu dia membesar di tengah komuniti Melayu di sebuah kampung dekat Kepala Batas, Penang. Sebab tu dia bercakap tak ada slang Cina sedikit pun, kebanyakan kawannya orang Melayu. Kawan-kawannya itulah yang akhirnya memujuk Din memeluk Islam..

Tapi yang lebih mengejutkan JR ialah apabila aruah ibu JR beritau dia kenal dengan nenek Din. Nama nenek Din ialah Aminah. Terekejut JR bagaimana Din seorang Cina  tapi neneknya nama macam Melayu?

Bila dicungkil-cungkil cerita rupanya nenek Din (Aminah) memang seorang Melayu tulen. Mengikut aruah ibu JR, Aminah telah jatuh cinta dengan datuk Din, seorang lelaki Cina beragama Buddha. Akhirnya Aminah tinggal dengan datuk Din, mengamalkan cara hidup Cina, berpakaian seperti wanita Cina, malah orang kampung selalu nampak Aminah ke tokong Cina bersama suaminya.

Tapi itu cerita lama. Zaman itu tak ada siapa kisah jika ada orang Melayu yang murtad. Tak ada siapa kisah bila akhirnya Aminah mati sebagai seorang Buddha dan dikebumikan di jirat Cina. Tak ada pihak yang menuntut mayatnya dikebumikan sebagai seorang Islam...

Masa JR kerja di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan dulu, JR pernah terlibat dengan kerja banci sebuah jabatan kerajaan. Suatu hari ketika JR secara random memeriksa borang banci seorang pekerja banci, JR terkejut bila melihat maklumat  ada seorang wanita yang namanya seperti Melayu (dah tak ingat nama), tapi dalam borang banci dicatit beragama Hindu. Selepas disiasat dengan JKKK baru JR tahu rupanya wanita Melayu itu (umur ketika itu lebih 80 tahun) berkahwin dengan lelaki India dan mengamalkan cara hidup orang Hindu.

Tapi itu semua cerita dulu-dulu. Mungkin masa itu Jabatan Agama Islam, tok  Penghulu dan parti-parti politik  tak kisah orang nak murtad ke atau nak buat apa ke dengan agama asalnya. Kalau sekarang jika ada kisah macam ni sampai dua minggu ceritanya akan masuk TV dan akhbar...

Berbalik tentang Din, adik ipar JR. Din bernasib baik kerana pintu hatinya dibuka Allah untuk memeluk Islam - agama asal neneknya. Sebenarnya bukan saja Din, malah beberapa orang adik, abang dan kakaknya juga menukar agama kepada Islam. Allah telah menunjukkan kekuasaanNya apabila Din dan beberapa orang saudaranya yang berasal dari keturunan Islam, akhirnya kembali kepada Islam...

Nota Kaki:

Jika apa yang TV dan akhbar kata bahwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan  
bahwa orang Melayu sepatutnya dibenarkan keluar Islam, JR sangat kecewa. Cuma bila JR baca berkali-kali kenyataan Izzah, ia sangat samar, tak jelas dia sebenarnya menyokong murtad. Tak seperti ayat Chua Soi Lek, presiden MCA yang dengan sangat jelas berkali-kali membuat ucapan menghina hukum Allah....

JR juga tertarik bila beberapa blog mendedahkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) pada 10 Julai 2007 juga pernah mengeluarkan kenyataan orang Islam patut dibenarkan keluar agama mereka, jika itulah yang mereka mahu:


Apa bezanya Izzah dan Pak Lah? Mungkin bezanya lzzah perempuan, Pak Lah lelaki. lzzah cuma seorang Ahli Parlimen, Pak Lah bekas Perdana Menteri. lzzah masih muda, Pak Lah tak muda lagi. Tapi di sisi Allah tak kira siapa pun orang itu, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Dan kita yang menghakimi orang seolah-olah kita berpegang teguh sangat kepada agama...hanya Allah yang mengetahui tahap amalan kita...

Semoga Allah akan melindungi kita supaya kekal dalam agamaNya, sentiasa mematuhi ajaranNya dan menghindari laranganNya, amin......

7 comments:

  1. Bezanya Nurul dari parti lain dan Pak Lah pula dari parti lain...

    ReplyDelete
  2. Baru tau pak lah pernah keluarkan perkataan yang sama macam nurul izzah.. Bab agama patutnya tak boleh dibuat main. Nama pun negara islam.

    ReplyDelete
  3. Heheh. Sebab Malaysia negara sekular. Bukan negara Islam. Kira betullah apa yang diperkatakan oleh dua-dua orang ini, jika dilihat dari perundangan sekular. Dalami maksud mereka, dan kita akan faham apa yang dua-dua manusia ini maksudkan.

    ReplyDelete
  4. saya tak pasti apa ayat & maksud sbnr Izzah.

    Yang saya pasti 'orang melayu mmg bebas pilih agama, sama mcm org bangsa lain'. Sebab melayu blm tentu beragama islam (walaupun melayu biasanya Islam).

    Tapi 'kalau dah pilih/jadi Islam mmg langsung tak boleh keluar Islam'. Takde pilihan bagi yg sudah Islam. Wallahu a'lam.

    *btw, cerita kat atas tu mmg menarik! Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. ada tengok isu izzah ni tapi tak faham apa2 pun..
    hehehhehe


    isu yg makin memberat

    ReplyDelete
  6. bila agama dipolitikkan...mg tahun baru..nafas baru..betulkan yg samar...

    ReplyDelete
  7. baru tahu...thank share jr...tak tahu sangat pasal nie..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....