Grrrrr...Sakit hati betul! Ada idea yang best punya nak tulis pagi kelmarin. Tapi masuk saja blog, tiba-tiba keluar amaran dari Google Chrome menyatakan penyamun Malware telah masuk blog JR. Jahanam!
Ini bukan kali pertama penyamun itu masuk rumah (blog) JR. Cuma yang dulu-dulu bentuk amaran dari Google macam ni:
Amaran yang JR terima dari Google Chrome pagi kelmarin pula siap dengan gambar penyamun masuk rumah dan dari blog mana JR dapat Malware tu:
Jahatnya penyamun Malware, seperti amaran Chrome di dalamnya: "Malware is malicious software that causes things like identity theft, financial loss and permanent file deletion".
Patutlah ada gambar penyamun, Malware memang bertindak macam penyamun yang boleh menghilangkan identiti pemilik blog, kehilangan wang dan memadamkan fail di dalamnya. Dahsyat!!
Sakit hati sungguh, nak buka blog pun tak boleh. Baru buka dalam satu minit amaran dengan gambar penyamun itu akan keluar. Idea nak menulis ada, tapi tak boleh tulis. DAMN!!!
Maka JR pun cuba berubat dengan pelbagai bomoh, dukun dan doktor mengikut nasihat para blogger yang bijaksana bagaimana nak menghalau penyamun itu dari rumah (blog) JR . Tapi semuanya tak jalan. Guna website yang ada Malware Scanner pun tak berkesan juga. Walaupun dalam result nya sebut Malware telah berjaya dihapuskan
Security report (No threats found):
tapi bila buka blog tak sampai satu minit amaran dari Chrome datang balik....penyamun itu masih ada dalam rumah!
Security report (No threats found):
Blacklisted: | No | |
Malware: | No | |
Malicious javascript: | No | |
Malicious iFrames: | No | |
Drive-By Downloads: | No | |
Anomaly detection: | No | |
IE-only attacks: | No | |
Suspicious redirections: | No | |
Spam: | No |
tapi bila buka blog tak sampai satu minit amaran dari Chrome datang balik....penyamun itu masih ada dalam rumah!
Celaka punya Malware, degil sungguh (orang Utara kata ketegaq liat), tak mau keluar-keluar, kena panggil bomoh Siam agaknya?
Tengok ada amaran ada Malware macam tu pasti korang takut nak masuk blog JR kan?? Patutlah kelmarin tak ramai yang datang...rupanya ramai yang takut masuk, maklumlah dalam rumah ada penyamun...silap-silap haribulan korang pun kena samun...hehehhe..
Akhirnya selepas macam-macam petua tak jalan JR jumpa satu petua dalam Blog Akak Kopi. Dia yang tolong dapatkan cara-cara nak halau penyamun jahanam itu dari rumah JR:
Step #1
Confirmkan link dalam blog yang mana ada malware. Go to Dashboard - Other staff - Webmaster Tools - Klik website korang - Diagnostics - Malware
Kalau ada, sila la remove link yang ada Malware tu. Kalau dia kata "Google has not detected any malware on this site" maknanya blog hampa tu bersih lah.
Step #2
Cara nak remove Malware dari blog
1. Log in Blogger - Klik View Profile di Dashboard
2. Scroll sampai bawah dan klik pada button Manage Blogs I Follow
3. Cari blog yang dijangkiti Malware tu
4. Klik Settings pada blog yang korang nak remove dari list dan klik pula Stop Following This Site.
Kadang-kadang ada blog yang ada Malware ni kita tak follow pun tapi kita letak jugak dalam blog list dekat sidebar kan. Yang tu korang pegi la dekat Design - Klik edit bloglist (or nama-nama yang korang letak untuk title blog list seperti blog abang kacak or blog dara idaman teruna ke) - Remove link blog tersebut dan Save.
Tak sangka pula cuma semudah tu nak bunuh Malware...lepas delete blog yang membawa virus Malware dari senarai Blog I Follow, semuanya kembali pulih. Alhamdulillah...malam ni boleh tidur lena...
Terima kasih blogger Akak Kopi!!
Terima kasih blogger Akak Kopi!!
IM pun kekadang terjumpa penyamun ni bilabuka blog seseorang. blog Dr M pun biasa IM jumpa.
ReplyDeleteHarap-harap dia tak main rumah IM.
Teringat Jebon hat 3 ekor tu...
terimakasih keran abgtau cara2 nak halau penyangak tu..kalau kena mmg haru biru dibuatnya...
ReplyDeletet boleh dijadikan ikhtibar nih..saya xgn gogle chrome...sbb ramai dok kata lebih baik gn mozilla......Alhamdulillah blog dah sihat yer...Ya Allah moga,..dijauhkan bencana ini dari blog kita semua...amin..amin...
ReplyDeleteBlog mana yg ada malware tu JR? JR dah tukar nickname ke skrg? hehe.
ReplyDeleteEEEE xsuka laaa ade hacker2 ni ..
ReplyDeletesemakk taw..
selamat xjd ape kat blog JR
anywy thxs for the info..
so lepas ni klau jd kat mana2 blog lain boleh rujuk JR
gelabahh jr kan . haha .
ReplyDeletejr ade dalam bloglist bolat jdi bolat kne remove eh ? eh acano ? tak paham -_-
Lydsunshine: Blog tu ialah satu portal berita, rasanya ia tak ada dlm bloglist Lyd...
ReplyDeleteCikbolat-bolat: Jangan takut...blog JR kini dah bersih, penyamun Malware tu dah JR halau jauh2...
Semalam ramai yang terkena malware ni. Siapa yang rajin blogwalking tu pasti perasan... Bahaya betul sekarang ni.
ReplyDeletenasib baik dah hilang..
ReplyDeleteSalam boss.. Bagus info ni. Mmg jebon betul malware ni...grrrrr
ReplyDelete