»

18 November 2012

Keputusan UPSR 2012 Esok: Tiada Lagi Debaran


Esok, tepat jam 10.00 pagi keputusan peperiksaan UPSR 2012 akan diumumkan ke seluruh negara. Pasti ramai ibu bapa malam ini tak dapat tidur lena....

Masih teringat tahun lepas (2011), bila keputusan UPSR nak diumumkan esoknya, malam ini JR dah tak dapat tidur dengan nyenyak. Rasa malam begitu panjang! Maklumlah esok keputusan akan diumumkan dan anak perempuan JR pula tidak mahu terima apa-apa keputusan selain dari mendapat 5A. Sejak awal-awal lagi dia telah mengisytiharkan dia akan pengsan jika dapat 4A 1B, apa lagi jika dapat lebih teruk dari itu. Ini kerana dia telah berusaha 120% untuk mendapat 5A, tidur lepas jam 2 pagi 3 bulan sebelum peperiksaan dah jadi rutinnya setiap malam. Itu yang membuat JR tak dapat tidur nyenyak. JR risau dia tak dapat apa yang diimpikannya, walaupun dalam hati JR sangat yakin dia dapat mengekalkan prestasi sebagai murid yang sentiasa cemerlang sejak darjah 1...

Kerana tak mau melihat dia pengsan di depan mata, pada hari keputusan UPSR diumumkan, JR cuba mendapat keputusan awal secara online sebelum ke  sekolah. Tepat seminit lepas jam 10 pagi (bila keputusan rasmi diumumkan), JR terus menghantar SMS ke nombor berkenaan. Dan apabila jawapan daripada SMS memberitahu anak JR mendapat 5A, barulah JR bergegas pergi ke sekolah. Ketika tiba di sekolah, sudah ramai ibu bapa menunggu. Tapi ketika itu pihak sekolah belum mengumumkan keputusannya. Keputusan rasmi cuma diumumkan sekolah hampir jam 11.00 pagi dan ketika itu JR tak rasa debarannya lagi kerana dah tau terlebih awal keputusannya...

Dan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang tiada lagi debaran menanti keputusan UPSR, kerana tiada lagi anak JR yang akan menduduki UPSR. Debaran cuma akan datang pada Mac tahun depan (2013) apabila keputusan SPM diumumkan kerana anak lelaki JR sedang mengambil peperiksaan itu sekarang..

Apapun, bagi ibu bapa yang mahu menyemak Keputusan Peperiksaan UPSR 2012  secara online, korang boleh melakukannya selepas  jam 10.00 pagi esok melalui laman web SAPS. Caranya ialah klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar dara di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.
Semakan Keputusan UPSR 2012 Keputusan UPSR 2012 Secara Online @ SMS 19 November 2012!!
  1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

Semak Keputusan UPSR Secara SMS 

  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  2. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
Kepada ibu bapa, abang, kakak atau saudara mara kepada adik-adik yang mengambil UPSR pada 2012, terimalah dengan hati yang terbuka segala keputusan yang bakal diumumkan esok. Jika ada yang rebah, jangan kecewa, kerana apa pun keputusan tidak akan menyebabkan dunia kiamat. Sekali rebah belum tentu akan rebah selamanya....
Gud luck!!

7 comments:

  1. salam JR
    saya teringat kes beberapa th lps kat rumah saya ni
    maknya cikgu...so bila result UPSR anaknya tak memuaskan hati..mungkin jugak malu...dia membebel sakan pada anaknya..banding2kan anaknya dgn anak2 yg lain..pd ptg lps UPSR diumumkan tu..anaknya ditemui mati terjerut tali dlm bilik...samada membunuh diri atau apa..wallahualam...

    ReplyDelete
  2. sampai nak pengsan? mmg merisaukan tu.

    anak sedara saya pun ada 2org yg amik thn ni. ntah apa result diorang. tapi apa pun terima jelah kan.

    ReplyDelete
  3. tahniah ..cerdik anak JR..anak saya lambat lagi..hiihhi tadika pun belom..

    ReplyDelete
  4. tahniah cerdik anak JR..salam kenal follow sini

    ReplyDelete
  5. bagus anak JR.. baru UPSR tapi sudah menganggap seperti peperiksaan yang sangat besar. Sekarang ni budak2 dah tak boleh sorok keputusan pepriksaan. Ibubapa dah boleh sms je. Hehe

    ReplyDelete
  6. Dasat la anak JR. Baru UPSR dah berazam dgn kuat. Anak sedara saya ada amik UPSR tahun ni. Tak tau lagi resultnya.

    ReplyDelete
  7. kuat betul study anak jr untuk skor 5 a...pandai anak jr..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....