»

17 November 2012

Gaza & Egg McMuffin Percuma



Baiknya Mc Donald, nak buat pahala kepada rakyat Malaysia pulak!! 

McDonald’s Malaysia melancarkan McDonald’s Breakfast Day pada 19 November 2012 (lusa). Pada hari itu McDonald’s akan menawarkan 1 burger Egg McMuffin secara PERCUMA kepada 1,000 orang pelanggan pertama di setiap restoran McDonald’s di seluruh negara.

Mengapa McDonald, syarikat makanan segera yang ada hubungan dengan Israel dan Amerika itu  nak belanja rakyat Malaysia makan pada 19 November ini?? Mengikut sumber dari McDonald kononnya ia adalah gerakan sarapan untuk menyatukan rakyat bagi menjadikan sarapan itu sebagai rutin seharian mereka. Ini kerana ramai di antara kita mengetepikan sarapan kerana terbelenggu dalam gaya hidup yang sibuk.

Jadi itulah sebabnya, nak tolong rakyat Malaysia bersarapan pagi. Itu rupanya, baiknya hati mereka...Ia bukan kerana sebahagian dari promosi untuk mendekatkan lagi rakyat Malaysia dengan syarikat yang ada kaitan dengan Israel-Amerika itu. Bukan...





Siapa yang teringin sangat nak makan McMuffin percuma jangan lupa beratur kat restoran McDonald's lusa. Jangan lupa tau?? Ingat lusa, ingat McMuffin! 

Orang Malaysia memang suka benda-benda percuma kan? Sebab tu bila ada lori muatan barang terbalik di lebuhraya atau jalanraya ramai orang Malaysia yang  berebut-rebut nak dapatkan barang percuma yang  tertumpah atas jalan. Percumalah katakan!

Tapi sebelum pergi, tengok dulu syarat-syarat nak dapatkan McMuffin percuma:-
  • Terhad satu McMuffin untuk setiap orang
  • Boleh ambil muffin ni dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi pada 19 November 2012. Jangan pukul 10 pagi ke atas baru sampai, nanti kempunan...
  • Hanya untuk 1,000 biji pertama dari setiap restoran. Orang yang ke 1,001 kalau nak boleh beli, tiada lagi yang percuma...
  • Tiada penghantaran McMuffin ke rumah, kena pergi sendiri kat restoran McDonald baru dapat.

Apapun korang fikir berbaloi tak beratur panjang untuk dapatkan sebiji McMuffin tu? Harga McMuffin ni jika tak silap sekitar RM4.00. Kalau pergi restoran McDonald naik kereta, mungkin RM4 tu hanya cukup untuk bayar petrol, harga parking atau harga saman (jika letak kenderaan tak ikut peraturan) belum kira lagi. Kecualilah pergi naik motor atau basikal, memang sah tak rugi...

Apa pun, nak pergi atau tidak menikmati produk syarikat yang ada hubungan dengan Israel-Amerika tu, terpulanglah kepada korang.


Sambil makan McMuffin, bayangkan wajah kanak-kanak tak berdosa yang dibunuh Israel ni...

Jika korang pergi, sambil menikmati McMuffin yang lazat tu bayangkanlah orang Islam Gaza yang sekarang sedang diserang hebat oleh Israel tu. Setakat ini korban keganasan regim Israel ke atas penduduk Gaza telah menyebabkan 20 orang terbunuh manakala 200 lagi cedera. Selepas korang baca doa makan untuk produk makanan Israel-Amerika tu, doakanlah juga kesejahteraan rakyat Gaza yang sedang dibunuh Israel...Jangan lupa.....

9 comments:

  1. Allahhu akbar, sesungguhnya anak2 yang mati tergis itu tidak berdosa, moga mereka mati syahid..tak teringin nak makan ...JR

    ReplyDelete
  2. tak terasa pun nak makan....

    ReplyDelete
  3. sealin MEKDI ni apa lagi barang2, restoren2, dan makanan2 dan minuman2 yg kita harus boikot??

    ReplyDelete
  4. kat tv dah beberapa hari dok iklan menda ni. terus terfikir, ni mesti nak tarik Muslim dtg sbb ramai dah start boikot mcd.

    kat sinilah perjuangan kita teruji, moga takde yg tewas!

    ReplyDelete
  5. mmg tak pernah makan mcd..sekarang lagi laaa xteringin langsung..

    ReplyDelete
  6. Macam mana la agaknya sambutan burger free ni pagi tadi. Ramai orang melayu islam ke tak agaknya. Tertanya-tanya jugak.

    ReplyDelete
  7. huhuhu...tak teringin nak makan..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....