»

03 October 2012

Tyzo Suria FM: Gua Tabik Spring Sama Lu....


Tabik spring 20 kali kepada deejay Suria FM, Tyzo!!

JR tabik spring 20 kali kepada Tyzo bukan kerana dia hensem atau kerana JR suka melayan Suria FM ketika dalam kereta. Bukan..bukan..


Tyzo..

JR nak tabik spring kepadanya kerana dia berani melaporkan perbuatan polis yang meminta sogokan daripadanya. Bukan semua orang berani buat laporan bila berdepan dengan pihak yang ada kuasa. Ada yang takut pihak yang ada kuasa mengenakannya balik jika dia berani buat laporan. Tapi Tyzo berani, dia melaporkan perbuatan polis itu  kepada Ketua Polis Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

JR memang sangat benci dengan rasuah sebab kebetulan pernah kerja di  sebuah agensi yang menjadi lubuk rasuah.

Selagi ada pemberi rasuah dan penerima rasuah, selagi itu rasuah akan terus berleluasa di negara ini. Nama Malaysia sudah cukup buruk di mata dunia dengan Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index) yang semakin meningkat. Bayangkan pada tahun 2001 Malaysia berada di tangga 36 dalam Indeks Persepsi Rasuah tapi kini ranking Malaysia merudum ke tangga 60. Sampai ada pelabur yang takut datang ke Malaysia kerana mereka akan melihat Indeks Persepsi Rasuah sesebuah negara sebelum menanam modal di negara berkenaan. Tapi Malaysia di tangga 60!!

Kalau orang di atas rasuah dan yang di bawah pun rasuah, apa nak jadi dengan negara kita nanti...anak cucu kita nanti nak makan apa jika duit negara tiris merata-rata??

Korang tau negara mana rasuah paling rendah di dunia mengikut Corruption Perceptions Index 2011? Negara yang paling rendah rasuah di dunia ialah New Zealand, kedua Denmark, ketiga Finland, keempat  Sweden dan kelima Singapura, negara jiran kita. Jadi sekarang korang tau mengapa Singapura berkali ganda lebih kaya dan maju dari Malaysia kerana di sana rasuahnya sangat minimum, mereka di tangga ke-5, kita di tangga ke-60!!

Jika kita sayang negara bukan saja jangan terima rasuah, tapi juga jangan memberi rasuah. Sebab tu JR tabik spring 20 kali kepada Tyzo kerana dia enggan memberi rasuah.

Baca selanjutnya di sini:

HIBURAN

Anggota Polis Minta Sogokan, Deejay Tyzo Buat Laporan
Tyzo berharap orang ramai tidak takut untuk membuat laporan mengenai kegiatan rasuah penjawat awam. Foto FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Percubaan seorang anggota polis trafik yang ingin meminta sogokan daripada Tyzo bakal menerima padah apabila penyampai radio Suria FM itu telah melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris berkata, dia terpaksa melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM bagi membanteras kegiatan tersebut khususnya melibatkan anggota mereka.
"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.
"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Bercerita mengenai kejadian itu Tyzo berkata, ia berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kira pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu.
Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.
Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.
“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,” jelas Tyzo.
Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM.
Ujar Tyzo lagi, dia mendapat respons yang positif apabila seorang pegawai kanan polis dari bahagian tatatertib, Bukit Aman telah menelefonnya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu manakala pihak berkuasa SPRM turut mengambil langkah serupa.
“Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana memandang kes ini dengan serius demi kebaikan anggota polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa benar-benar mahu membanteras kegiatan rasuah di negara ini," ujarnya.
Sehubungan itu Tyzo juga menyarankan kepada orang ramai agar tidak takut untuk melaporkan salah laku penjawat awam atau sesiapa sahaja agar perbuatan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya.

10 comments:

  1. Tabik spring jugak ar sama TYZO

    ReplyDelete
  2. tak cukup lg ke gaji dorang,asyik naik je.tapi rasuah terima jugak.

    ReplyDelete
  3. Lps ni diorang mesti hati2 nk mintak rasuah..kot kena org media.

    ReplyDelete
  4. Tahniah tyzo(uik Sejak bila dia tuko nama)..
    Harap kita semua mencontohi nya..

    ReplyDelete
  5. kerana benda-benda macam nilah yang membuatkan kita hilang respect terhadap mereka.. itulah jadinya kalau hidup bertuhankan wang.

    ReplyDelete
  6. JR berani kerana benar :)

    ReplyDelete
  7. Haa.. bagus. Laporkan je. Mmg memalukan bila kita berada di ranking ke 60. Tapi benda2 macam ni masih ada org yang boleh pejam mata dan anggap semua ni adalah normal. Arghh.

    ReplyDelete
  8. aku jugak anti polis rasuah!

    ReplyDelete
  9. toing..toing..tabik spring..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....