Kalau hina dua ibu bapaku, aku pasti tersinggung.
Kalau hina bangsaku, aku juga rasa tersinggung.
Kalau hina ajaran agamaku, aku lagi rasa tersangat-sangat-sangat tersinggung.
Jadi tolong jangan hina ajaran agamaku. Kami tak hina pun ajaran agama kau mengapa kau dah banyak kali sangat menghina ajaran agama kami?
Mereka kata dah 8 kali kau hina ajaran agama kami. Walau cuma 1 kali aku sangat tersinggung, apa lagi jika dah 8 kali kau hina agama kami, aku sangat sakit hati..Dulu kau pernah hina ajaran Islam, lepas itu hina lagi, sekarang masih menghina...mengapa??
Kau hina hukum Allah, Tuhan kami. Kau kata jika hukum Allah dilaksanakan 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang kerja, kerana kasino akan ditutup, kedai 4 nombor ekor, toto dan premis arak akan ditutup, malah siber kafe dan pusat refleksologi juga kau kata akan ditutup.
Tiga hari lepas kawan kau di Kedah juga menghina Islam. Dia marah bila model dalam papan iklan di Alor Setar tak dibenarkan berpakaian menjolok mata termasuk model lelaki yang tak dibenar mendedah aurat (berseluar pendek).
Sepatutnya kau dan kawan kau tak perlu kacau ajaran agama kami. Jika agama kami melarang kami minum arak dan berjudi itu hal agama kami lah, apa kau peduli? Kami tak mau teguk arak, tak mau pergi berjudi, itu hal kamilah, bukan susahkan sesiapa pun jika kami menjadi orang baik.
Bila kami mau model berpakaian sopan seperti yang dituntut Islam dan semua agama lain, ia bukan susahkan sesiapa pun, bukan model itu boleh mati kerana sakit jantung pun jika disuruh berpakaian sopan. Jadi mengapa kau marah jika model diminta berpakaian sopan?
Kami taulah dulu kau pernah mengaku menjadi bintang video porno, tapi kami tak kisahpun kau jadi bintang video porno, yang kami nak jadi baik mengapa kau jealous sangat pula?
Kami taulah kau dalam kumpulan parti yang berkuasa di negara ini. Kami juga tau kau berani hina Islam sampai dah 8 kali sebab kau tau tak siapa boleh buat apa dengan kau, sebab kau dan kawan-kawan kau dari kalangan orang berkuasa.
Memang hari ini kau berkuasa dan boleh hina ajaran Tuhan kami, tapi esok, lusa, tulat dan tahun depan hanya Allah yang lebih berkuasa menentukan masa depan kita....
Fatwa Perkasa (NGO Umno): haram undi MCA
MAAF, BUKAN JR NAK BERCAKAP POLITIK, CUMA NAK CAKAP SOAL AGAMA....
Mana perginya mereka yang selalu melalak kononnya mempertahankan maruah agama itu? :(
ReplyDeletemasyaALLAH..
ReplyDeleteDIdunia ini bolehlah dia bersikap angkuh dan menghina islam.
Dah mati kelak baru dia tahu betapa kedilnya dia dan siapa yang dia hina!!
Sangat kesal dgn PM kita malam tadi,bila wartawan minta komennya mengenai statement Chua Soi Lek yg menghina Islam itu, PM cuma cakap dua patah perkataan saja "No Comment". Itu saja? Mengapa tak mau komen, takut dengan Soi Lek sebab takut lepas ni syarikat2 Cina tak mau bagi derma kpd Umno lagi? Bila org tanya mengenai syarikat Cina Hongkong yang bagi derma RM40 juta kpd Umno Sabah, PM tak mau komen juga. Takut apa?? Kalau Karpal Singh cakap senada dgn Soi Lek pandai pula kau komen??
ReplyDeletedunia sekarang ni dah makin menghampiri kehancuran....
ReplyDeletesenang2 dia je nak hina islam..
Tu politik kotor namanya tu. Tersinggung sangat ni JR, kita tak pernah hina agama lain, kita hanya katakan kebenaran dalam ajaran Islam..
ReplyDeleteagaknya dia lupa...dia ddk negara mana...huh..menci..
ReplyDelete