»

21 October 2012

Subhanallah..Solat Bersejadahkan Ketulan Ais


Korang pernah dengar sebuah tempat bernama Lofoten?? No..no..bukan Lot 10, tapi Lofoten..pernah dengar?

Kalau Lofoten tak pernah dengar, pernah dengar sebuah negara bernama Norway? Norway adalah sebuah negara di utara Eropah yang musim dinginnya lebih panjang dari musim panas. Sesiapa yang pernah tengok berita pasti masih ingat tentang seorang lelaki gila bernama Anders Behring Breivik yang baru-baru ini telah membunuh 77 orang atas alasan mahu melindungi Norway dari menjadi negara Islam.

Lofoten adalah sebahagian dari semenanjung Artic yang terletak di utara Norway merupakan petempatan manusia yang paling utara di dunia. Lofoten sentiasa dilimpahi pelancong kerana pemandangannya yang sangat cantik. Korang pasti masih ingat waktu belajar geografi di sekolah dulu, bila saja disebut Artic kita akan membayangkan salji di mana-mana. Begitulah juga dengan Lofoten yang disebut Artic Paradise dan land of the midnight sun itu, salji hampir ada sepanjang masa kecuali di musim panas. Suhu biasa di Lofoten ialah 0 celcius, tapi di musim panas suhu biasanya sekitar 14 celcius. Suhu terpanas pernah dicatatkan ialah 30.4 celsius. 

Bayangkan, 14 celcius sudah dikatakan panas, sedangkan  kita duduk dalam aircon 18 celcius sudah menggeletar sejuk...

Pemandangan di Lofoten dengan ihsan makcik google:

View from Olenilsøy over to Sakrisøy in Lofoten, Norway - Photo: Terje Rakke/Nordic life/Innovation Norway

.
















































Tapi perspektif JR untuk entri hari ini bukan kepada keindahan alam Lofoten tapi tentang penduduknya. Penduduk Lofoten adalah seramai 25,000 orang, di mana 2% daripadanya (kira-kira 500 orang) adalah beragama Islam. Dengan mukjizat Allah seruan untuk mengembangkan dakwah Islam akhirnya sampai   di petempatan penduduk paling sejuk di Eropah itu beberapa tahun lepas. Itu antara sebab orang gila bernama Anders Behring Breivik itu mengamuk, Islam sangat cepat berkembang di Eropah, hingga ke tempat paling utara di dunia itu pun ada orang Islam). Allahuakbar!!

Seorang pendakwah sedang memberi penerangan dan risalah mengenai Islam di Lofoten

Lihatlah bagaimana masyarakat minoriti Islam mengerjakan solat di Lofoten.  Tanpa masjid, mereka bersolat jemaah dalam jeket kulit yang tebal hanya berkubahkan langit dan berlantaikan ketulan ais:


idegue-network.blogspot.com - Foto Sholat di Atas Salju

idegue-network.blogspot.com - Foto Sholat di Atas Salju

idegue-network.blogspot.com - Foto Sholat di Atas Salju

Bayangkan kita di Malaysia, masjid besar-besar dan cantik-cantik, kebanyakan bernilai berjuta-juta ringgit. Tapi bila azan berkumandang nak penuhkan dua saf untuk solat jemaah pun susah, kecuali solat Jumaat dan Hari Raya.

Ada pula masjid yang tersangat cantik tapi cuma sebagai bahan pameran untuk pelancong...oh, Malaysia tanah airku!!!

Masyarakat Islam Lofoten yang bersolat atas ketulan ais itu tentu jika diberi peluang sangat teringin nak melawat Masjid Kristal....


7 comments:

  1. islam di mana sahaja kan... kebesaran allah... :)

    ReplyDelete
  2. teringat cerita kawan kita masa dia solat jumaat diluar masjid jamek KL... lepas tu hujan... rezeki dia la hari tu... :)

    ReplyDelete
  3. Menarik juga ni. Islam Malaysia kebanyakannya atas IC semata-mata. Susah mau cakap. Jemaah Islam paling ramai, tanpa perlu azan atau apa-apa, ada di dalam kelab-kelab. Tak percaya, cuba JR sekali sekala jejak Bukit Bintang di waktu malam. Tanyalah apa yang ada di Changkat.

    ReplyDelete
  4. Subahanllah..dimana2 wajib tunaikan solat.
    Amazing masjid kristal ..maha besar ALLAH

    ReplyDelete
  5. org kita ni kdg2 masjid dekat je.....tu pun x pegi....huhuhuuu

    ReplyDelete
  6. malunye..ai solat kat kat sejadah atas lantai pun byk ragam.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....