Memang JR sejak kecik suka minum ABC (Air Batu Campur). Bila balik sekolah dan rasa poket seluar kembung sikit JR akan cari ABC. Selalunya gerai bawah pokok ketapang simpang tiga dekat sekolah rendah pekan kami tu tempat ramai budak sekolah berkumpul kerana ABC nya paling sedap di dunia. Kalau dah gian ABC sangat pinjam duit kawan perkara biasa. Segalanya kerana ABC punya pasal.
Bila dah punya anak sederet macam sekarang pun perangai suka minum ABC ni masih ada. Cuma sekarang jarang wujud rasa gian nak minum ABC. Cuma bila singgah makan di mana-mana tempat, jika pembantu kedai tanya nak minum apa, ABC lah jawapan yang paling kerap keluar dari mulut. Mujur di KFC, Pizza dan restoran makanan segera tak jual ABC, jika tidak itulah minuman yang akan dipesan.
Tapi bila JR nampak dan dengar di TV semalam cerita orang Teganu (Terengganu) tak suka ABC, JR pun jadi heran. Mengapa orang Teganu tak suka ABC. Sampai pasang poster tak suka ABC??
Tak suka ABC??
Mengapa mereka meluat sangat dengan ABC sampai seperti ditunjukkan di TV semalam ramai anak muda Teganu maki hamun dan marah-marah ABC?
Rupanya siasat punya siasat, ABC tu bukan Air Batu Campur, tapi:
ABC rupanya Asal Bukan Che Mat!!
Siapa Che Mat yang budak-budak Teganu marah sangat tu sampai mereka berdemonstrasi?
Bagi orang Teganu tentu kenal Che Mat Jusoh, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu. Bila pasukan bolasepak Terengganu gagal ke separuh akhir Piala Malaysia maka mengamuk sakanlah peminat-peminat bola Terengganu. Biasalah, kalau kapal tenggelam kapten kapallah yang akan dipersalahkan walaupun ia salah kelasi yang tak pandai jaga enjin. Dan bila Terengganu bermain teruk sapa lagi nak dipersalahkan jika bukan Presidennya, Che Mat Jusoh. Walaupun yang bermain bola bukan Che Mat, yang tak pandai score goal bukan Che Mat, yang gagal jaga gawang bukan Che Mat, yang melatih pemain bukan Che Mat, tapi Che Mat lah juga yang dipersalahkan.
Apa dosa Che Mat lalu ia sangat dibenci sampai wujud sepanduk ABC (Asal Bukan Che Mat)? Perlukah presiden saja dipersalahkan, bagaimana dengan jurulatih dan pemain?
Mungkin ramai dari peminat bolasepak berpegang kepada pepatah Cina, "Ikan busuk bermula dari kepala", kerana Che Mat adalah kepala, dialah yang harus dipersalahkan... Buat masa ini apa yang penting ialah ABC...asal bukan Che Mat!!!
hihi..saya bkn rakyat ganu dan tak minat bola...so saya pun sangat suka ABC...hahhaha
ReplyDeleteahaha. konsep sama juga macam kes spital hari tu kan ;P
ReplyDeleteEheh...! Fanatik bola.. :)
ReplyDeleteSaya kurang minat bola....jd agak kurang tau perkembangan ini... :)
ReplyDeleteAdidas F50 Adizero XTRX SG untuk dijual (baru,tak pernah pakai)..saiz 9 uk..sebab jual,salah saiz..ori 1st gred,boleh tengok dulu utk sesape yg kt area jb..luar jb boleh pos..
ReplyDeletehttp://www.mudah.my/Adidas+F50+Adizero+XTRX+SG-18102894.htm