Kewujudan jin memang tak boleh dinafikan. Dalam Islam banyak surah yang memperkatakan mengenai jin. Malah dalam Quran ada satu surah khusus bertajuk al-Jinn.
Kerana jin memang wujud di kalangan manusia, jangan kita heran jika jin ada di mana-mana: dalam rumah, di tempat kerja, di sekolah, di tengah jalan raya, di tepi lebuh raya dan jika di kelab malam, di karaoke, di pusat pelancuran lagilah ramai jin.
Malah ada juga jin sekarang ni dah pandai masuk bilik mesyuarat, turut sama bermesyuarat, mungkin bertenggek dekat kepala boss, tapi kita tak nampak. Ada pula yang dah pandai pergi berseminar, duduk sama-sama peserta seminar. Cuma orang biasa macam kita kalau pergi seminar kena bayar duit kepada penganjur seminar, jin-jin ni punyalah special...mereka masuk percuma aje sebab tak siapa nampak mereka masuk. Bila dah boring duduk di bilik seminar mungkin sambil kencing dan berak atas kepala kita, jin-jin ini mula kacau dan rasuk orang, seperti berita di Ampang ni:-
Mobile | 15 Oktober 2012
Dirasuk jin, peserta cabar berlawan
15 Oktober 2012
AMPANG – Sesi kedua Seminar Pembinaan Ketahanan Dalaman anjuran Pengasas Rawatan Komplimentari Yashfien, Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) yang berlangsung di Kelab Darul Ehsan, semalam tergendala selama lebih kurang sejam apabila tiga peserta dipercayai dirasuk jin.
Kejadian itu berlaku apabila seorang remaja lelaki tiba-tiba bangun dan mencabar ahli panel untuk berlawan diikuti selang 10 minit kemudian seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan seorang wanita warga emas bangun turut memperkatakan hal sama.
Kejadian itu berlaku apabila seorang remaja lelaki tiba-tiba bangun dan mencabar ahli panel untuk berlawan diikuti selang 10 minit kemudian seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan seorang wanita warga emas bangun turut memperkatakan hal sama.
Perkara aneh itu disaksikan lebih 100 peserta yang sedang mengikuti tajuk kedua program ‘Apa Itu Sihir’ bersama Imam Masjid Putra Perdana Puchong, Dr Abdullah Qurtubi.
Pak Engku ketika ditemui tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana perkara itu sudah diduganya sejak awal lagi.
Pak Engku ketika ditemui tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana perkara itu sudah diduganya sejak awal lagi.
“Perkara ini dilakukan oleh jin, jin sememangnya mahu menggagalkan seminar ini, jadi dia akan gunakan apa cara sekalipun untuk membuat tumpuan peserta dan ahli panel terganggu,” katanya yang sudah mengendalikan tiga siri seminar sebelum ini.
Menurutnya, peristiwa yang berlaku semalam adalah kali pertama sepanjang penganjuran seminar itu.
“Saya memang sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan seperti ini, ini semua kuasa ALLAH SWT, kita hanya berikhtiar untuk menyembuhkan sahaja,” katanya.
Beliau berkata, kesemua peserta dibacakan ayat suci al-Quran sebelum masing-masing beransur pulih.
Mengulas lanjut mengenai seminar diadakan, beliau berkata, ia lebih kepada aspek teknikal untuk menghalang sihir termasuk gangguan jin melalui kekuatan yang ada pada diri setiap orang.
Mengulas lanjut mengenai seminar diadakan, beliau berkata, ia lebih kepada aspek teknikal untuk menghalang sihir termasuk gangguan jin melalui kekuatan yang ada pada diri setiap orang.
“Setiap orang mempunyai kelebihan cuma ramai yang tidak tahu gunakan, jadi melalui seminar ini kita terangkan menerusi teori dan praktikal bagaimana tenaga dalaman yang kita ada ini boleh digunakan untuk mengelakkan diri daripada gangguan halus,” katanya.
Err... Dulu kalo kat kampung-kampung, bila org yg dirasuk jin, jin tu sebenarnya bomoh yang punya. Bila jin dia dah merasuk, org akan dtg jumpa bomoh untuk buang jin tersebut. Padahal bomoh tu sendiri yang suruh jin tu. Tapi dalam kes ni... wallahua'lam la kan. Heheh.
ReplyDeletedulu penah pegi satu kelas agama.tetibe ustaz kate "jemput duduk pada yg baru dtg.duduk ujung2 sket saudara supaya takde yg rasa tak selesa". pdhl masa tu takde sape pun yg baru dtg.seerrreeeemmmm..
ReplyDeletesalam JR..
ReplyDeleteanak akak beberapa bulan lps ber camping kat atas gunung Jerai...jaga budak2 pengakap dari seluruh kkedah...lbh kurang 400 org...yg jaga budak2 upper 6,tak sampai 20 org...
nak mandi awal2,tak sempat..so dia berdua dgn kawannya mandi jam 12 mlm kat sungai..
kemudian ada bunga2,mcm org mandi bunga kat bahagian atas dari tempat depa mandi...
kawannya nasihatkan dgn kutip..jgn sentuh...jgn cakap apa2..
besok pagi baru ada yg cakap..ada 'org' berpakaian serba kuning..ala2 puteri bunian hehe..mandi berhampiran depa..
susah nak komen, mcm kata lyd tu..
ReplyDeletetapi sekali baca mmg lawak..jin masuk seminar!
Aku pun sependapat dgn Lyd...mcm yg sebelum2 ni lah jugak kan, jin dialah yg merasok org tu, kemudian buat2 berubat halau jin, padahal itu jin dia punya....mcm lawak zaman dulu pulak.....
ReplyDeletemacam2lah sekrg niekan....jin pun boleh masuk kat seminar.....
ReplyDelete