»

17 October 2012

Hantu Kubur Siam


Korang pernah terjumpa hantu tak? Atau mungkin teringin nak tengok hantu? 

JR pernah terjumpa banyak kali benda-benda pelik yang sukar ditafsir apa benda sebenarnya yang kelihatan itu. Masa sekolah rendah pernah nampak api berterbangan di langit lepas isyak. Masa di Tingkatan Lima kira-kira jam 8 malam pula pernah terjumpa objek berbentuk gumpalan api berterbangan dalam jarak kira-kira 5 meter dari JR dekat kawasan sawah. Masa kerja di KL dulu dalam perjalanan balik kampung kira-kira jam 3.00 pagi pernah nampak seorang lelaki tua berkain pelikat tak berbaju  berdiri di tengah-tengah lebuhraya berdekatan kawasan berbukit lepas terowong. Beberapa tahun lepas pula lebih kurang jam 1.30 pagi terjumpa lembaga putih seperti bongkah batu yang bergolek-golek di tengah jalan dekat pekan Air Itam, Kedah.

Foto ihsan makcik google

Ada orang kata benda-benda tu hantu. Tapi dalam Quran mana ada disebut hantu, tapi jin, iblis dan syaitan adalah.

Tapi jika diberi pilihan kepada JR, JR lebih takut hantu orang dari hantu syaitan. Hantu syaitan sekurang-kurangnya tak menggunakan pisau, parang atau pistol yang boleh mencedera atau membunuh orang. Hantu syaitan tak pernah menikam orang atau menembak orang mungkin kerana dalam dunianya tak dijual pisau, pistol dan peluru. Tapi hantu orang yang kita panggil penyamun, perompak, pencuri dan penagih dadah tak akan teragak-agak untuk menikam atau menembak sesiapa yang menghalang kerja jahat mereka. Sebab tu JR lebih takut hantu orang dari hantu syaitan yang dah banyak kali JR temui itu..

Baru sebentar tadi JR terbaca kisah hantu dadah (penagih dadah) yang  nekad memecahkan kira-kira 50 bekas abu mayat orang Siam yang disangka mempunyai barangan berharga seakan-akan emas di Tanah Perkuburan Siam Jalan Kampung Banggol Wan Mat, Baling, Kedah.  Seorang penduduk Siam menyatakan masyarakat mereka tak pernah meletakkan  barangan berharga termasuk emas dalam bekas abu mayat seperti yang disangka penagih dadah yang cuba mencurinya. 

Selain itu, kumpulan penagih dadah tersebut juga turut mencuri pagar besi dan cermin tingkap di kawasan perkuburan itu

Seorang penduduk memberitau setiap malam pasti ada yang menagih dadah di kawasan perkuburan itu melalui kesan alat penghisap dadah yang tertinggal di atas tanah perkuburan. Katanya penduduk setempat (orang Siam) pun tak berani datang ke kawasan perkuburan pada waktu malam, tapi penagih dadah ini sangat berani, mereka tak takut hantu!!


Berita selanjutnya mengenai hal ini korang boleh baca di sini....


Agak-agak korang hantu dadah yang selalu berada atas kubur Siam itu dari kaum apa??  Masyarakat Siam sendiri pun takut menghampiri kubur itu pada waktu malam, jadi kaum apa agaknya yang selalu menjadi hantu dadah di situ?? Adakah ia dari kaum yang menjadi majoriti penagih dadah di negara ini, kaum yang juga menjadi majoriti rakyat negara ini???

8 comments:

  1. JR.. Akak takut dua2 hantu.. Haha..

    ReplyDelete
  2. kalau dh hantu . buruk rupanya . takut semua skali haha .

    bgi bolat hantu siam lagi tkut . crita siam pun dh ckup buat bolat demam . erghh -.-

    ReplyDelete
  3. Saya yakin kaum majoriti tu la yang pegang ranking penghisap dadah tu JR. Mana ada bangsa lain yang lebih cemerlang daripada bangsa tu. Huhu. Padahal bangsa ku juga. Org Cina kalo amik dadah, derang tak amik dadah murah2 ni. Main mahal2 punya.

    *JR ni kot2 ada kebolehan melihat roh kot? Heheh.

    ReplyDelete
  4. hantu betul takut dan cabut bila dibaca surah2 al quran..hantu jadian yg tak takut kat apa pun...semua main rembat ja...

    ReplyDelete
  5. wheiii..kena baca besok siang nih! grrrr..............

    ReplyDelete
  6. cr dua2 takut kikiki...memang dasar penakut no 1....

    ReplyDelete
  7. Kalau diberi pilihan,saya pun lagi takut hantu manusia,hantu syaitan tu bukan tak takut tapi segan nak jumpa..hahaha.

    ReplyDelete
  8. tak baca pon entry ni..terus komen jer..seram..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....