»

15 September 2012

Media Sosial Baru Ala-Facebook Dilancarkan Ustaz Azhar Idrus..Jom Terjah


Malam tadi JR dan isteri ke pekarangan Stadium Darulaman, Alor Setar menghadiri majlis Santai Bersama Anak Muda bersama Ustaz Azhar  Idrus ikon remaja masa kini yg sedang meletop tu... Majlis Santai Bersama Anak Muda ini adalah sempena Karnival Gaya Hidup Sihat anjuran Pemadam Kedah dan dirasmikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh. 


JR tiba di pelarangan Stadium Darulaman kira-kira jam 9.30 malam, ketika majlis baru bermula. Setiap kali ada majlis agama dengan Ustaz Azhar Idrus fenomena biasa ialah kita perlu berjoging berkilometer sebab jalan pasti penuh sesak dengan kereta dan motor untuk bersama ikon orang muda itu. Oleh itu bila malam tadi JR perlu berjalan kaki 2 km dari tempat parkir ke Stadium..itu biasalah..

Selain dari Ustaz Azhar Idrus, turun hadir sebagai panel dalam majlis itu ialah otai-otai pelakon dan rocker yang terdiri dari Bob Lokman (pelakon dan penulis lirik lagu-lagu rock), Hairie Othman (pelakon), penyanyi rock  Ali XPDC dan gitaris Empy dari kumpulan rock Spring. 

Kehadiran penonton malam tadi sungguh ramai, mengikut hos majlis dihadiri 40,000 orang, kebanyakannya anak muda dari Kedah dan luar Kedah. Bukan senang nak kumpulkan 40,000 orang untuk majlis agama, apa lagi anak muda..

JR tak nak tulis satu persatu apa yang terjadi dalam majlis yang padat dengan ilmu agama tu, nanti korang boring membacanya pula. Apa yang nak JR katakan aura Ustaz Azhar Idrus memang terserlah, apa lagi ia diserikan dengan jenaka spontannya bersama Bob Lokman yang sangat kelakar itu. Lupakan seketika perbezaaan fahaman politik, kerana mereka tak sedikit pun bercakap pasal politik. Apa yang ahli-ahli panel ini tekankan dalam majlis yang sangat santai ini ialah supaya anak muda kembali kepada agama ciptaan Allah, jauhi dadah (termasuk daun ketum/daun biak yang sangat popular di Kedah ni..), jauhi arak dan rokok dan jauhi maksiat.

Majlis yang dimulakan dengan persembahan lagu rock 'Bunga Angkasa' nyanyian Ali XPDC diiringi petikan lentuk gitar Empy Spring

Ali XPDC

Apa yang menariknya Ali menukarkan rangkap terakhir 'bunga angkasa'  dalam lagu itu kepada 'Allah Yang Esa' dengan alunan suaranya yang begitu syahdu...ketika itu hati JR berkata siapa sangka Ali dan beberapa rocker yang dulu pernah dipaluti pelbagai cerita negatif akhirnya dibuka Allah untuk kembali kepada roh agamaNya..Allahuakbar..

Apa yang paling menarik dalam majlis malam tadi ialah apabila Ustaz Azhar Idrus melancarkan media sosial baru ala-facebook bernama "myKedah". Oleh itu bagi korang tak kira anak Kedah atau bukan anak Kedah bolehlah pelan-pelan cuba joint media sosial baru ciptaan orang Malaysia sendiri. Kalau sambutannya hangat barulah Yahudi Mark Zuckerberg CEO Facebook tu pucat muka...ihik..ihik..

Cerita tanpa gambar tentulah tak sedapkan? Malangnya malam tadi henset cap ayam JR gagal merakamkan gambar dengan baik, maklumlah nama pun henset cap ayam..kalau nak disiarkan di sini pun lebih banyak hitam dari colour, buat sakitkan mata korang saja...jadi tak adalah gambar yang dibidik tangan JR sendiri. Apa yang ada ialah gambar yang JR ambil dari Kedah La:





(Foto..kredit utk Kedah La)

2 comments:

  1. Kdg2 kerajaan, TV, paper yg dipimpin org tua2 setengah nyanyuk itu tak sedar apa yg org2 muda seperti kami pikirkan.Depa lupa majoriti pengundi adalah org2 muda. Bila majoriti org muda kata "TUKAR" dibantu oleh perintah Allah "kunfayakun", maka bertukarlah kerajaan di peringkat Pusat.

    ReplyDelete
  2. ada baca kat blog apit...dia pun pergi jugak...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....