Selamat Hari Malaysia!!
Apa yang korang tahu mengenai Hari Malaysia? Mengapa Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 dan bukannya 14 September, 15 September, 17 September atau 31 Ogos 1963 supaya ia bersekali dengan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu? Mengapa..mengapa..dan mengapa??
Ketahui beberapa fakta menarik mengenai Hari Malaysia yang JR korek daripada beberapa sumber yang tidak diceritakan dalam buku sejarah sekolah menengah:
1) Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 mengambil sempena tarikh ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang lahir pada 16 September 1923. Ketika perundingan pembentukan Malaysia dengan Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew berkeras mahu penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dibuat pada tarikh 16 September 1963 bagi membolehkannya diingati bersama-sama dengan tarikh lahirnya (Sumber: Datuk Seri Salleh Said Keruak, bekas Ketua Menteri Sabah).
2) Pada mulanya Brunei juga ingin bersama bergabung dengan Malaysia, tapi menarik diri di saat-saat akhir kerana Sultan Omar Ali Saifuddin III yang memerintah Brunei tidak bersetuju dengan Tunku Abdul Rahman yang mahu kerajaan Malaysia mengenakan cukai 10% ke atas hasil minyak Brunei selama 10 tahun dan selepas 10 tahun minyak Brunei akan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
3) Tunku Abdul Rahman sangat marah kerana Brunei yang kaya dengan minyak itu tidak mahu bergabung dengan Malaysia. Sebagai tindak balas, Tunku telah memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada Brunei menyebabkan negara itu menghadapi masalah pentadbiran buat seketika.
4) Kerajaan Malaysia cuma mengisytiharkan Hari Malaysia sebagai cuti umum pada 2010, iaitu terlewat 43 tahun selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
5) Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 September 2008 telah meminta semua negeri yang diperintah pembangkang (Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah) mengisytiharkan 16 September setiap tahun sebagai cuti umum sempena pembentukan Malaysia. Cadangan Ketua Pembangkang itu diluluskan oleh kerajaan-kerajaan negeri di bawah pembangkang tapi cuma dituruti oleh Kerajaan Persekutuan dua tahun kemudian (2010).
6) Sebelum 2010, 16 September adalah cuti umum di Sabah bukan kerana untuk menyambut Hari Malaysia tetapi sempena ulang tahun hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri Sabah.
7) Disebabkan mulai 2010 kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 16 September sebagai Hari Malaysia, maka mulai tahun itu Kerajaan negeri Sabah bersetuju untuk meminda hari keputeraan Yang Dipertua Negeri Sabah setiap tahun kepada hari Sabtu minggu pertama bulan Oktober sebagai usaha mengelakkan berlaku pertindihan tarikh antara kedua-dua peristiwa besar itu.
info yg menarik jr...baru cr tahu pasal sejarah nie...
ReplyDelete