11 September 2012

Jawapan Mizz Nina Mengenai Isu Syarikat Arak


Semalam JR ada titipkan entri mengenai penglibatan dua artis popular Melayu dalam satu persembahan anjuran sebuah syarikat arak terkemuka di negara ini.



Hari ini JR terbaca jawapan Mizz Nina dalam blog Murai.com mengenai isu itu:


KUALA LUMPUR - Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.

“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.
“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu.  Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.

“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini.  Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya. 

JR bukan arif sangat tentang hukum hakam agama ni. Cuma apa yang JR nak katakan yang haram tetaplah haram, tak kiralah ia baru berbangkit sekarang atau telah berbangkit sejak tiga tahun lepas. Pengharaman arak dalam Islam sendiri pun bukan baru tahun ini atau tiga tahun lepas tapi sejak zaman Nabi s.a.w lebih 1,400 tahun dulu lagi memang Allah telah mengharamkan arak. 

Mengenai sesiapa yang menyatakan dia tak terlibat dengan arak kerana cuma hadir dalam sesuatu majlis yang ada unsur arak, tapi dia sendiri tak teguk arak, bacalah hadis sahih tentang 10 golongan yang dikutuk oleh Allah:

Annas bin Malik berkata Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak ialah pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya, dan juga pemesannya .” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)


4 comments:

  1. iya lah yag haram tetap haram tu JR. Selalu etuza katakan macam2 ..Oh ya mohon maaf jika tak keberatan ada tak info " merokok membahayakan kesihatan" memang ada jika kita klik2 mana2. tapi saya nak orginal dari JR saya nak letak link blog JR nanti di FB etuza, harap2 ada hikmah. apapun abaikan saja jika ada halangan ya.

    ReplyDelete
  2. Heheh. Setuju dengan JR. Golongan artis ini kita harus ingat satu perkara; rata-ratanya tahap intelek memang tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  3. Mcm2 la artis ni. Yang pasti dia kata mak ayah dia tak marah. Huhu. So, kita tak dpt nak kata apa la kan.

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan JR.Haram tetap haram...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....