10 September 2012

Bergerak Untuk Matikan Henset Tidak Batalkan Solat?


Korang yang pernah bersolat jemaah, terutama solat Jumaat pasti pernah mengalami hal ini: sedang kita khusyuk solat, tiba-tiba keluar lagu yang entah apa-apa dari telefon bimbit jemaah di sebelah kita. Mengganggu betul!! Kalau bunyi sekali tak apa tapi kalau dah berkali-kali rasa nak sekeh saja kepala jemaah sebelah kita tu. Sapa suruh tak matikan henset sebelum solat? Yang si-pemanggil tu pun terlupakah sekarang waktu solat Jumaat??

Tapi bolehkah kita matikan henset yang sedang berbunyi tanpa membatalkan solat yang sedang dikerjakan?


Jawapan dari seorang ustaz yang JR baca dalam ruangan Agama Sinar Harian versi utara 10 September 2012 (halaman 40) ialah BOLEH!! Maknanya solat tak batal jika kita bergerak untuk mematikan henset milik kita yang sedang berbunyi kerana ia mengganggu jemaah lain. 

JR perturunkan penjelasan Ustaz Noor Hisham Ismail mengenai isu ini untuk kita kongsi bersama:

"Adalah haram sama sekali segala perbuatan yang mengganggu solat. Oleh yang demikian, hukum mematikan telefon bimbit adalah wajib ketika itu. Dalam ertikata lain, berdosa hukumnya jika si-pemilik tidak mematikan telefon bimbit dengan segera.

"Bolehkah bergerak untuk mematikan telefon bimbit (ketika sedang solat)? Pergerakan sebegini tidak membatalkan solat berdasarkan hadis yang berikut:

    "Sesungguhnya Nabi s.a.w mengarahkan agar membunuh dua binatang buas (berbisa) walaupun solat iaitu     kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat)" [hadis riwayat Ibnu Majah].

Oleh kerana kita dibolehkan bergerak membunuh kala/ular ketika solat, maka dengan itu kita juga dibolehkan mematikan telefon bimbit untuk mengelakkan gangguan terhadap jemaah lain.

Jika terlupa dan telefon bimbit berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya. Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib sebagaimana Nabi s.a.w mengizinkan untuk membunuh binatang berbisa semasa sedang solat. Jelaslah bahawa wajib bagi seseorang untuk bertindak 'membunuh' bunyi yang amat merosakkan ketenangan orang yang sedang bersolat, sebagaimana bahayanya kala jengking dan ular"

Semoga info ini berguna untuk korang....

5 comments:

  1. Tapi di Malaysia ramai yang tak tahu hukum. Susah. Suruh mengaji, tak nak.

    ReplyDelete
  2. Betul--betul.. pernah terbaca pasal ini. Solat sambil dukung anak pun boleh kan?

    ReplyDelete
  3. bagus info ni.. memang sangat menjengkelkan bunyi henset terutama lagu tahape2 masa solat berjemaah..

    ReplyDelete
  4. tq for sharing....

    liya follow blog nie... salam kenal

    ReplyDelete
  5. Pernah terbaca tentang solat dukung anak tue..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....