JR saja pilih tajuk 'Dua Artis Wanita Melayu Raikan Syarikat Arak' dan bukannya 'Dua Artis Wanita Islam Raikan Syarikat Arak'. Ini kerana JR tersangat yakin kedua-dua artis ini orang Melayu. Orang Melayu meraikan arak bukan perkara pelik tapi bila kata orang Islam meraikan arak seperti satu kontradik pula...
Sebenarnya cerita ini JR baca dari blog mynewshub.blogspot. Ia mengenai artis popular Ning Baizura dan Mizz Nina yang bakal menghiburkan peminat dalam pesta ulang tahun syarikat arak Guinness pada 28 September nanti:
Pesta meraikan syarikat arak itu akan diadakan di Souled Out Hartamas. Difahamkan pelbagai acara hiburan akan dipertontonkan kepada pengunjung kelab berkenaan sempena pesta itu.
Yang sedihnya mengapa dua artis terkenal Malaysia yang nama mereka seperti nama orang Islam itu terima jemputan untuk membuat persembahan dalam majlis tersebut. Dan satu lagi yang paling sedih mereka yang hadir menyaksikan persembahan dua artis wanita Melayu ini akan diberi potongan harga untuk setiap gelas bir yang mereka teguk..
Dalam hati pasti kita tertanya-tanya kenapa mereka berdua bersetuju untuk sama-sama meraikan syarikat arak itu, malah menghiburkan mereka yang menghadiri majlis yang terang-terang menggalakkan penggunaan arak kepada pengunjungnya. Malah difahamkan ini bukan pertama kali Mizz Nina menyertai majlis anjuran syarikat arak tersebut.
Nak kata mereka tak tau hukum agama, rasa tak mungkin juga, kedua-duanya bukan budak-budak lagi dah jadi bini orang pun tak kan masih benak dengan hukum agama??
Atau kerana faktor wang?? Itu pun rasa tak mungkin, sebab Ning adalah antara artis yang dikatakan senang orangnya. Mizz Nina lagilah tak percaya, kerana dia adalah anak kepada jutawan Tan Sri Azman Hashim yang masih dalam ranking Melayu terkaya di Malaysia tu...
Pening kepala gua...
Mereka pun tak kisah JR. Kalau mereka peduli, 2 org ini mesti tidak akan terima tawaran tersebut. Lepas mereka buat show ni, baru mereka akan mintak maaf. Lepas tu, peminat akan lupa perkara ini. Itu kan resam dlm dunia hiburan. Kalo nak kata pasal duit, mizz nina tu kaya. Ning pun kaya.
ReplyDeletemereka tahu hukum haramnya...jr yg penting sekarang dua artis nie duit...Kerana duit sanggup yg haram jadik halal huhuhu
ReplyDeletejR
ReplyDeletebetul kata ldysunshine tu.. minta maaf then org lupa dan kitaran itu berlaku semula lenkali..