»

30 September 2012

Damn..Bank Rompak Duit Aku Lagi!!!


Hari ni duit JR kena rompak lagi!!!

Ini bukan pertama kali bank rompak duit JR. Seingat JR ini kali keempat bank rompak duit JR.

Kejadian pertama berlaku beberapa tahun lalu. Kejadian berlaku di ATM bank cap kepala rimau di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. Ketika itu JR bekerja di sebuah agensi dekat-dekat situ. Hari tu JR nak ambik RM600 untuk settle hutang kereta. Tapi yang keluar cuma slip yang kata JR dah ambik RM600, tapi malangnya duit satu sen pun tak keluar. JR cuba periksa baki akaun dalam ATM, ternyata RM600 memang dah direkodkan diambil, tapi mengapa duit tak keluar??

Duit hilang??

Ketika JR mahu meninggalkan ATM untuk ke bank buat laporan, awek yang tadinya berada di belakang JR, memanggil, "Abang..abang..ni duit abang kot!!"

Rupanya ketika awek itu mau menjolok kadnya, berduyun-duyun wang kertas RM50, RM50, RM50 keluar dari mesin ATM. Nasib baiklah awek tu ada di belakang JR dan tau ceritanya, jika JR dah blah dan ada mat gian di belakang JR...mungkin lesaplah RM600 tu....

Kejadian kedua berlaku di ATM bank cap kepala rimau yang sama beberapa bulan lepas tu. Skrip cerita masih sama - ambik duit, tapi yang keluar cuma slip, duitnya tak keluar. Bila periksa akaun RM400 lesap. Memandangkan dah ada pengalaman duit mungkin akan keluar bila orang seterusnya memasukkan kad ke ATM, lalu JR tunggu orang di belakang jolok kad. Tapi bila dia jolok tak ada duit yang keluar pun!! Orang kedua dan ketiga di belakngnya juga jolok kad, tapi duit mereka memang keluar, duit JR tak keluar. Damn!!!

Lalu terpaksalah buat laporan di bank terdekat. Memang akhirnya dapat balik duit, tapi bukan boleh dapat cepat, tak silap dua minggu baru dapat balik duit tu..

Kejadian ketiga bank rompak duit JR berlaku hujung tahun lepas, kali ini di Bank Muamalat Alor Setar. Skripnya masih sama: slip keluar tapi duit RM1,000 yang diperlukan untuk bayar bil api, bil air, bil brokband dan pelbagai lagi bil tak keluar. Lepas JR buat laporan, pegawai bank meminta JR balik ke rumah dulu kerana mereka nak periksa akaun. Dia minta JR datang balik sebelah petang. Dan bila JR datang semula sebelah petang, wang RM1,000 dikembalikan oleh pegawai bank itu kepada JR. Alhamdulillah.

Dan pagi tadi adalah kejadian keempat duit JR dirompak bank. Bank cap kepala rimau lagi!! Ketika itu JR  nak ambik RM400 untuk beberapa perbelanjaan dapur. Memang duit keluar dari mesin ATM, tapi yang keluar cuma RM350.00, RM50 lagi pergi mana?? JR jenguk-jenguk mesin ATM dan memang nampak ada RM50 tersangkut dalam lubang mesin. JR cuba menarik duit itu...tapi tiba-tiba mesin tu macam toyol lapar menyedut balik duit RM50 itu masuk ke dalam perutnya. Alahai....malangnya nasib!!

Memanglah RM50 tak banyak mana, tapi jika makan KFC dengan sebuah famili kecil masih kenyang. Yang jadi masalahnya nak buat laporan ke bank hari ni tak boleh sebab hari ni bank tak beroperasi, esok (Isnin) baru bank buka, esok baru boleh buat laporan.

CATATAN: Minta maaf bank cap kepala rimau dan Muamalat,  kerana gunakan perkataan 'rompak'. Patutnya bukan perkataan 'rompak', mungkin perkataan 'simpan' lebih bersopan. Maafkan saya duhai bank kerana tersilap guna perkataan. Dan terima kasih kerana banyak berjasa menyimpan duit saya selama ini...

5 comments:

  1. Memang sakit hati tu... Kena tengah terdesak haram satu sen pun tak ada, tetiba jadi macam tu, memang boleh mengamuk. Silap-silap mau pecah mesin atm tu. Hahahah.

    ReplyDelete
  2. prnh jd jg...dlm 3x kot..slip tulis withdraw dah... tp bla check balik, Alhamdulillah, balance x kurang... kes balance kurang pernah kena kt kwan.. minta la x jd..

    ReplyDelete
  3. oo. mak saya pernah kena kat cimpeng tau. kes klon kad. tengok rakaman litar tertutup ada lelaki bertopi keledar keluarkan wang melalui ATM ikut masa yang direkodkan. paling geram bila dengar pegawai bank dok mengata kat kaunter bawah, katanya mungkin ayah atau adik beradik saya yang ambil. padahal mak tengah uruskan kes tu di tingkat atas dan saya pun dah tengok rakaman tu. bukan ahli keluarga memandangkan abah dah agak uzur dan adik beradik lelaki tak tinggal di rumah. tak silap dalam 300-400 juga, kira lesap. cisss. mulut longkang betui!

    ReplyDelete
  4. tak pernah kena lg dan xnak kena..:)

    ReplyDelete
  5. Saya pun pernah kena dulu mcm ni sekali......slip kuar......tp duit x kuar...mmm mmg terus masuk bank bgtau staf bank tu.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....