»

10 July 2012

Comelnya Wanita Bertudung Main Takraw...




Pernah banyak kali pakaian wanita Muslim menjadi isu dalam pertandingan sukan. Hingga ada wanita Islam yang mahu menjaga aurat terpaksa melupakan bidang sukan yang diminatinya kerana peraturan sukan tidak membenarkan mereka menjaga aurat mereka. Pasukan bolasepak wanita Iran misalnya pernah disingkirkan dari satu pertandingan bolasepak kerana mereka menutup aurat dan enggan membuang hijab mereka.

Tapi mengapa masih ada peraturan kolot yang tidak membenarkan wanita menutup aurat menyertai sesetengah pertandingan sukan? Pasukan bolasepak wanita Iran misalnya mereka sangat hebat tapi tak boleh bertanding semata-mata kerana mereka begitu yakin dengan agama mereka. Apa salahnya memakai tudung dan berseluar track panjang, bukan ia boleh mencederakan lawan pun, jadi mengapa tak dibenarkan wanita memakainya?

Lihat pasukan wanita Pulau Pinang yang menyertai SUKMA di Kuantan, mereka hebat walaupun menutup aurat. Malah dalam pertandingan sepak takraw mereka mengalahkan pasukan Wilayah Persekutuan yang memang juga hebat.

Bukan saja menang, tapi mereka kelihatan sangat comel bila menutup aurat.....



SUKMA PAHANG : Pasukan Skuad Takraw Wanita Pulau Pinang (Bertudung) MENANG ke atas pasukan Wilayah Persekutuan... 




Tahniah pasukan Pulau Pinang yang membuktikan dengan menutup aurat dalam bersukan, tidak menghalang mereka melakar kejayaan..

5 comments:

  1. buat apa2 pun boleh bertudung... antara mahu dan tak mahu je :)

    ReplyDelete
  2. Tetap nmpk manis ....bersukan dan bertudung :)

    ReplyDelete
  3. tuhla , bile masuk sukan nih CP tgk ramai yang mengabaikan soal aurat nih

    *termasukla CP ..

    ReplyDelete
  4. hohoh setailo setailo!

    ReplyDelete
  5. Hihihi pernah jugak baca kat blog mama maszull...Memang terbukti dorangkan..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....