»

29 June 2012

Terima Kasih Cik Rose Atas Anugerah Terindah!!


Bagi korang yang selalu mengunjungi blog ni ada perasan tak apa-apa perubahan?
Tak kan tak perasan kot?
Kalau tak perasan, pasti JR kecik hati..
Cik Rose pun pasti kecik hati. Penat-penat, bersusah payah dia mereka cipta header baru untuk JR korang tak perasan pula...

Sebenarnya header di atas yang baru dirasmikan pagi ni adalah ciptaan Cik Rose Cute atau nama penuhnya Cherosliza Che Mat. Dia menghantarnya kepada JR malam tadi tapi pagi ni baru sempat memuatkannya di sini.

Terima kasih Cik Rose...

Terima kasihlah Cik Rose..JR sangat menghargai pemberian ini. JR sendiri bukan arif sangat hal-hal nak memperindahkan blog seperti ini. Nak belajar buat sendiri rasa malas pula, lagi pun kesibukan tugas sering menghalang JR duduk berlama-lamaan di depan laptop. Sebab tu header sebelum ni pakai header pasang siap aje...

JR suka dengan header pemberian Cik Rose ni. Nampak simple tapi menarik. Ia ringkas tapi menawan. Sesungguhnya header pemberian Cik Rose ini adalah anugerah terindah untuk JR. Selain dari anugerah sempena Hari Bapa baru-baru ini dari anak-anak JR, ini adalah satu lagi anugerah terindah untuk JR sepanjang bulan ini. 

Terima kasih Cik  Rose. JR sendiri tak tau bagaimana nak membalas budi baik Cik Rose, selain dari mengucapkan terima kasih:

Terima kasih daun keladi
Hati baik tak terbalas budi

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang Cik Rose dibawa mati

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah 
Budi Cik Rose dikenang juga

Bagi sesiapa yang belum pernah mengunjungi blog Cik Rose boleh melawatnya  di sini...

6 comments:

  1. wahh, cantik lah blog dengan wajah baru. nampak lapang dan nyaman je :)

    ReplyDelete
  2. Terharunya...JR review Blog CR...terima kasih banyak2...Walaupun kita tidak mengenali di luar tetapi tetap kawan di alam maya..Entah kenapa tergerak hati nak wat header untuk JR..Sebelum nie JR tidak pernah ada header lagikan...hihihi

    ReplyDelete
  3. rajin cik rose..hehhe..dah berubah blog ini dgn penampilan header baru,..tahniah jr..

    ReplyDelete
  4. Wah dapat header. Pastu JR punya template pun dah lain. INgatkan tersalah masuk blog sbb ada gmbr fomfuan. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. che rose mmg pandai buat header, edit blog.. suke sgt pegi blog dia ;)

    ReplyDelete
  6. blog JR yang berwajah baru! saya suka! "D

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....