Tak demokratik langsung kan? Nama saja kononnya Amerika tu negara demokratik, tapi bila ada produk dari negara lain masuk pelbagai cara dilakukan untuk menghalang kemasukannya.
Ambik contoh Apple yang mendakwa Samsung Galaxy Tab telah meniru iPad model mereka. Di Malaysia sendiri ramai orang menggunakan telefon pintar dan tablet dari model Samsung ni. Dengan harga Samsung Galaxy Tab yang lebih murah sudah pasti ia menjadi pilihan ramai. Tapi semalam mahkamah Amerika telah membuat keputusan mengharamkan Galaxy Tab di negara itu.
Mengapa jadi begini? Baca di sini:
SAN FRANCISCO - Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) di sini semalam mengharamkan penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 ekoran pertikaian dengan Apple. Apple mendakwa yang Samsung melanggar etika dengan meniru reka bentuk daripada model mereka, iPad.
Samsung tablet dianggap oleh kebanyakan penganalisis sebagai saingan terdekat Apple iPad.
Bagaimanapun pengharaman itu tidak membabitkan Galaxy Tab 10.1 II, edisi terbaru tablet.
Perbicaraan kes dijadualkan bermula di California pada 30 Julai ini.
Apple perlu membayar bon AS$2.6 juta bagi memfailkan injunksi yang dipohon Mei lalu, untuk membayar pampasan jika pengharaman itu difikirkan tidak perlu.
Menurut Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh, walaupun Samsung mempunyai hak untuk bersaing, namun ia tidak ada hak untuk bersaing secara tidak sihat dengan melanggar peraturan produk di pasaran.
(Sumber: sinar harian)
Sebenarnya apa yang JR tau pertikaian di mahkamah antara kedua-dua syarikat itu telah lama berlangsung dan merebak ke beberapa negara. Pada awal Ogos tahun lepas, Samsung menangguhkan pelancaran Galaxy Tab 10.1 di Australia apabila Apple memfailkan tuntutan mahkamah bagi menghalang penjualan produk itu di seluruh dunia.
Di Malaysia bagaimana? Mujurlah di negara kita kedua-dua produk Samsung dan Apple ini dibenarkan dijual dan bersaing.
Sebenarnya di Malaysia banyak produk yang sama tapi tak serupa. Tengoklah kereta Malaysia model Naza tu, ia berasaskan kereta Peugeot, Kia dan banyak lagi...tapi tak apalah ia dilakukan atas kebenaran syarikat Peugeot dari Perancis dan Kia dari Korea.
Tiba-tiba teringat JR rekabentuk Proton Inspira dan Mitsubishi Lancer yang sama tapi tak serupa. Lalu timbullah cerita lawak ni:
Sori jika ada ayat mencarut, JR copy jenaka ni dari rakan blogger ni..
hahaha...memang betul...bertuah kita kat Malaysia...kerana bersaing gan sihatkan..
ReplyDeletehaha,,, malaysia mmg boleh! sy bangga jadi rakyat malaysia :)
ReplyDeleteIP...IP...pros and cons...jelas ternyata disini...
ReplyDelete