Korang minat tak dengan Will Smith? JR sangat meminati lakonan pelakon kulit hitam ini kerana lakonannya yang bersahaja dan kadang-kadang melucukan itu.
Tapi jangan ingat Will Smith boleh dipermain kerana jika tak kena gaya dia juga ada angin. Dan semalam di Moscow, Smith menampar seorang wartawan ketika berjalan di red carpet untuk tayangan perdana "Men In Black III".
Mengapa Will Smith mengamuk? Ini sebabnya:
MOSCOW: Bintang Hollywood Will Smith menampar seorang wartawan televisyen lelaki yang dikatakannya cuba mencium bibirnya ketika berjalan di permaidani merah untuk tayangan perdana "Men In Black III" di Moscow.
lWartawan dari televisyen Ukraine saluran 1 +1, Vitalii Sediuk,W mendekati Smith dan mengajaknya ke permaidani di luar pawagam dan cuba untuk menciumnya.
"C'mon man, what the hell is your problem buddy?" kata Smith sambil menolak Sediuk dan menampar perlahan pipi dengan tangan kirinya.
"Dia beruntung saya tidak menumbuknya," kata Smith kepada wartawan dan peminat yang ramai.
"Oh, saya berkata ini di hadapan kamera. Ia bagus sekali."
Smith berkata beliau menganggap Sediuk cuba mencium mulut, tetapi ia tidak jelas sama ada wartawan itu berniat berbuat demikian atau hanya mahu mencium pipinya kerana beliau segera berpaling untuk mengelak. (Sumber: mS)
Dia saje nak test will smith tu gay ke tak kot. Hahaha. geli aku.
ReplyDeletehoho klasik Will Smith!
ReplyDeleteSaya pun suka Will Smith nie...suka tengok dia berlakon...memang selamba dan lucu...
ReplyDelete