Hari ini JR nak berkongsi dengan korang tentang satu kejadian yang berlaku dua minggu lalu yang sangat menggemparkan Nigeria, sebuah negara pengeluar minyak terbesar di Afrika. Ia kelihatan seperti kejadian tak logik, tapi Allah tak pernah berhenti menunjukkan kuasaNya kepada manusia agar kita sentiasa menyedari Dia wujud memerhatikan kita.
Di Nigeria, seorang ibu berusia 32 tahun sangat terkejut apabila bayi yang dilahirkannya membawa senaskhah alQuran kecil bersama kelahirannya. Ibu dan nenek bayi yang menyaksikan kejadian pelik tersebut di mana kedua-duanya beragama Kristian sejurus itu terus memeluk agama Islam.
Bayi itu dilahirkan di Mushin, Lagos pada 7 Mei 2012 lalu. Ibunya bernama Kikelomo Ilori yang bekerja sebagai seorang model selepas memeluk Islam telah menukar namanya kepada Sherifat diikuti nenek bayi tersebut yang juga menukar namanya kepada nama Islam.
Kelahiran bayi itu menarik perhatian ramai ulama yang mengaggapnya sebagai satu keajaiban Tuhan. Seorang ulama Nigeria, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed memberikan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo kepada bayi tersebut.
Bagi menghindari syirik dan khurafat, Ustaz Abdul Rahman menyatakan si-ibu dan bayinya bukanlah seorang nabi, walaupun dia lahir sambil memegang alQuran. Menurutnya, kejadian itu merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan.
Kelahiran bayi bersama alQuran itu menimbulkan kontroversi di negara di mana 38% daripada penduduknya beragama Kristian manakala 50% beragama Islam itu. Bagi sebahagian penganut Kristian mereka menganggap kejadian itu tak masuk akal dan mustahil walaupun ibu dan nenek bayi serta jirannya menyaksikan sendiri kelahirannya. Bagi mereka yang beragama Islam kebanyakannya bersyukur dengan kelahiran bayi itu dan menganggapnya sebagai salah satu bukti kebesaran Allah.
Bagi JR tiada istilah keajaiban bila Allah mahu menunjukkan kuasaNya. Allah boleh melakukan apa saja, jika orang mati pun boleh dihidupkanNya, apalah yang nak diherankan jika bayi dilahirkan bersama al-Quran. Seperti kataNya: "kun faya kun" (bila Dia berkata jadi, maka jadilah..).
(sumber info: ghanamma.com)
Masih ramai yg tak berasa bertuah krn mereka dilahirkan Islam. Mereka tak berpakaian spt org Islam, tak berperangai spt org Islam malah mengutuk kumpulan yg ingin menegakkan hukum2 Islam, masyaallah...
ReplyDeletekuasa allah...
ReplyDeletesubhanallah..
ReplyDeleteSubhanallah!!! Hanya Allah Sahaja Mengetahui apa mukjizatnya...
ReplyDelete