Mahu punggung kelihatan lentik?
Pagi tadi ada satu promosi senaman melentikkan punggung di Bukit Damansara, KL. Demonstrasi itu diadakan di depan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk S.Ambiga. Kumpulan 15 orang aktivis Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik senaman dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka selama kira-kira 15 minit ke arah rumah Ambiga. Senaman punggung itu bagi membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.
Selepas senaman melentikkan punggung itu selesai, Ambiga keluar daripada rumahnya dan mempersilakan mereka masuk ke rumahnya untuk menikmati minuman ringan yang telah disediakannya, tapi mereka enggan menerimanya dan ketuanya memberitahu Ambiga, "Kami orang Melayu orang Islam, kami cuma minum air suam."
Lihatlah peserta yang mempromosikan senaman melentikkan punggung itu, semuanya sudah berumur belaka, boleh dipanggil atok atau paling muda pun pakcik. Yang berketayap pun ada. Semuanya pasti yakin punggung mereka seksi dan baik-baik belaka, sebab tu mereka tak malu menggoyang-goyangkan punggung untuk tontonan orang ramai selama 15 minit...
Kalau cucu dan cicit mereka menyaksikan promosi menggoyang-goyangkan punggung yang sudah tak pejal lagi itu tak taulah apa mereka akan kata...
ll
Lepas ni mereka nak buat senaman melentikkan punggung di mana pula? Mengikut Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said, mungkin lepas ini mereka akan buat senaman melentikkan punggung di depan rumahnya pula.
Bagi yang berhasrat mau melentikkan punggung, janganlah malu ikut sama...
Macam-macam Malaysia ini. Pening kepalo den.....
Cess.. Hampeh! Haha
ReplyDeleteJR saya pelik la dgn mereka ni. Kalo nak protes, kenapa protes selepas perhimpunan bersih selesai? Kenapa tidak sebelum bersih itu diadakan lagi? Kalo betul mereka bencikan perhimpunan tu, kenapa perlu lawan dengan cara yang kononnya mereka benci tu? Tak matang dan kebudak-budakan.
ReplyDeleteTua tak sedar diri, memalukan Melayu aje. Mengapa perlu goyang2 punggung, adakah itu perjuangan Melayu dan Islam spt mereka banggakan? Nabi ada suruh umatnya buat benda lucah mcm tu ke? Datuk nenek kita org Melayu suruh buat benda biadap mcm tu ke. Bahlol betul org tua protes mcm budak masih hisap botol..
ReplyDeleteMemang tak matang....Apa salahnya bertanding cara elok...
ReplyDelete