»

16 May 2012

Guru Oh Guru Kita Bukan Cikgu Shaari

 

Korang kenal tak cikgu Shaari? Rasanya semua kita kenal cikgu Shaari, kan? 

Sapa tak kenal cikgu Shaari angkat tangan!

JR tak nampak sapa pun yang angkat tangan di depan JR sekarang (kerana di depan JR cuma ada sekeping dinding). Kerana tak ada yang angkat tangan, jadi betullah telahan JR: semua orang kenal cikgu Shaari.

Sebenarnya sapa yang ada TV dan suka menonton TV pasti pernah nampak kelibat cikgu Shaari. Ini kerana kisah cikgu Shaari dah berpuluh kali diulang tayang di TV.

Cikgu Shaari yang berbadan sedikit gempal dengan rambut keriting dan berkumis tipis sangat melucukan. Dia suka buat lawak dalam kelas:



Di kelas cikgu Shaari bukan mengajar sangat. Dia selalu tidur dalam kelas kerana malam dia bermain musik di kelab malam. Maklumlah pendapatan cikgu sekolah rendah ketika itu gaji bukan banyak sangat. Pergi sekolah pun naik teksi kerana tak mampu memiliki kereta. Jadi kenalah buat kerja part time main musik waktu malam untuk memenuhi keperluan hidup. 

Di sekolah cikgu Shaari selalu meminta murid-murid membaca buku:

Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola...
Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola...
Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola...
Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola...

Ketika murid-murid mengulang bacaan 'Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola...' cikgu Shaari mengambil peluang untuk tidur dalam kelas. 


Akhirnya ketika cikgu Shaari dah berdengkur dalam kelas, murid-murid menukar bacaan:

Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu tidur
Cikgu sudah tidur, mari kita main...

Begitulah cikgu Shaari. Dia suka tidur dalam kelas. Hingga Guru Besar datang masuk kelas pun dia tak sedar:


Itulah kisah cikgu Shaari dalam filem "Masam-Masam Manis". Ramai kita yang belum lahir ketika filem ini diterbitkan pada 1966 tapi kerana filem ini terlalu kerap ditayangkan di TV, ramai orang yang tak boleh lupakan watak lucu cikgu Shaari yang dipegang oleh Allayarham Tan Sri P.Ramlee itu.

Bersempena dengan Hari Guru pada hari ini JR nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang membaca blog ini.

Harap cikgu-cikgu tak menteladani cara cikgu Shaari mengajar dalam kelas yang banyak tidur dari menagajar itu. Gaji cikgu pun sudah tersangat baik sekarang, tak perlu lagi buat kerja part-time macam cikgu Shaari. Tumpukan perhatian kepada anak didik dalam kelas kerana di tangan merekalah pimpinan generasi akan datang.


Jasa guru sungguh besar, tanpa mereka siapalah kita. Seperti kata Usman Awang dalam sajaknya Guru Oh Guru tanpa guru tidak akan lahir seorang Perdana Menteri, seorang doktor, seorang jurutera, seorang hakim dan seorang ulamak. 

Sekali lagi JR ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik..

5 comments:

  1. Hehe.. Cikgu Shaari kena buat part-time kumpul duit nak kawen.. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya suka Cikgu Shaari sebab dia pandai buat lawak

    ReplyDelete
  3. suka tengok cerita ni,best..;)

    ReplyDelete
  4. cerita nie memang seronok dan kelakar hehehe

    ReplyDelete
  5. Seronok pula baca entri ni Jay :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....