»

22 May 2012

Aura Ustaz Azhar Idrus: 30,000 Sujud Di Padang Kota



Bukan mudah nak kumpulkan seramai 30,000 orang untuk hadir dalam sesuatu majlis apa lagi majlis agama. Konsert penyanyi gah dari Barat pun sukar nak tarik penyertaan 30,000 orang penonton. Pemidato hebat seperti Anwar Ibrahim pun bukan selalu mendapat kehadiran lebih 30,000 orang. Acara-acara kerajaan yang melibatkan PM, TPM dan menteri pun sangat susah untuk menarik kehadiran 10,000 orang walau makan dan pengangkutan percuma disediakan penganjur.

Tapi malam 19 Mei lepas 30,000 orang hadir untuk mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Sambil berceramah ustaz ikon remaja yang paling popular masa kini itu sempat juga memetik gitar. Maklumlah ustaz ini bekas guru muzik dan selain dari fasih berbahasa Inggeris dan gaya komunikasi yang hebat, dia memang boleh menarik penyertaan ramai orang setiap kali berceramah.

Dan pada 19 haribulan lepas ustaz Azhar Idrus bukan saja berjaya menarik penyertaan 30,000 orang mendengar ceramah agamanya, tapi mereka bersama-sama bersolat maghrib dan isyak berjemaah di Padang Kota. 30,000 orang berjemaah maghrib dan isyak di Padang Kota, lokasi pelancongan dan hiburan tersohor Pulau Pinang itu adalah sesuatu yang sungguh hebat dan menakjubkan! Segalanya kerana aura seorang ustaz bernama Azhar Idrus! Sehingga mengikut mereka yang hadir terpaksa berjalan kaki 4 kilometer kerana begitu banyaknya kenderaan yang berbaris untuk mengikuti ceramah ustaz hebat ini..

Sambil mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus, mereka juga dapat mendengar persembahan bekas pencipta lagu Search dan Wings,  Bob Lokman; Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon; dan Imam Muda, Asraf. Memang hebat malam itu! 

JR yang pada mulanya memang nak balik kampung di Pulau Pinang untuk menziarahi famili pada hari itu tak jadi balik kerana ada urusan kecemasan lain di Alor Setar. Jika tidak mungkin JR akan sama-sama berada di tengah puluhan ribu jemaah bersolat maghrib dan isyak di Padang Kota. Ruginya....

Walaupun tak pergi ke Padang Kota, tapi JR kepilkan foto-foto kehebatan majlis yang dihadiri oleh ustaz Azhar Idrus itu yang diambil dari pelbagai sumber:









4 comments:

  1. kt Penang je kan,anis pun x sempat p ceramah tu.takot jem terok..huuu

    ReplyDelete
  2. Hebat aura ustaz azhar ni....saya pun suka dengar dia berceramah. Cuma blom ada rezki lagi nak tgk secara live...

    ReplyDelete
  3. Hebat Betul Ustaz Azhar Idrus...Allah kurniakan ilmu kepadanya untuk dia kongsi bersama rakyat Islam Malaysia..Orang ganu kita...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Cuma kalau ramai cenggini masa ustaz azhar ada je, tak jadi jugak. Biar le ramai macam ni walaupun takde daya tarikan kat masjid. Daya tarikan hanyalah Allah. Boleh tak agak2nya? Heheh.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....