Korang ada akaun Facebook kan?
Berita buruk tentang Facebook ialah namanya yang gah tu semakin tak gah kini. Perkahwinan pengasasnya Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan baru-baru ni tak mampu mempertahankan populariti Facebook di pasaran ekonomi. Malah populariti Facebook makin jatuh merudum pula..
Facebook yang percaya mereka adalah laman sosial terpopular dunia cuba membuktikannya dengan memasuki pasaran saham mulai Jumaat lepas. Saham Facebook diniagakan pada harga permulaan USD 38. Pada awal perdagangan saham melonjak menjadi USD 42.50 dan kemudian meningkat lagi kepada USD45. Ia satu petanda baik bahwa Facebook memang mempunyai nilai ekonomi tersendiri.
Namun ia tak bertahan lama kerana saham Facebook perlahan-lahan menurun hingga akhirnya ditutup dengan harga USD 38.23. Dan kelmarin harga saham Facebook jatuh lagi kepada harga cuma USD 34 menyebabkan Mark Zuckerberg secara peribadi kerugian USD 2 juta dalam sekelip mata.
Mengapa saham Facebook tak laku di pasaran? Penganalisis saham sendiri sehingga kini belum menemui jawapan! Jika korang adalah graduan atau student ekonomi yang mahir soal-soal berkaitan saham, korang boleh jelaskannya kerana JR juga tidak faham sangat walaupun kemerosotan saham Facebook mungkin sebahagian dari realiti ekonomi dunia sekarang yang tak menentu ini...
cube buat duit.. then lingkup.. errrr..
ReplyDeleteTak la, ramai ubah pi twitter sebab fb jadi timeline. menyusahkan and ramai complain. dh la tak boleh buang benda tu, buruk pula tu. ><"
ReplyDeletentah ye. pasal harga saham naik turun ni saya tak tau. Tp saya masih guna fb lg, tak pandai nak bertweet. hehe
ReplyDeletesebab facebook ni dia mempunyai intangible assets.jadi apabila divalue kan sebagai $100 lebih bilion,doesn't make sense untuk a social networking site mengaut IPO 3 terbesar dalam sejarah wallstreet.
ReplyDeletelagi satu,revenue facebook sendiri tidak setinggi mana untuk justify valuation yang diberikan kepada mereka.
oleh itu, ramai yang menjangka kan facebook ni akan "bust" dan mengimbau kembali Dot com pada awal 2000 dulu apabila ramai yang rugi.
Fulamak... saya tak faham apa yg Mr Clive jelaskan. Nampak sgt tahap pemikiran saya belum smpai tahap yg membanggakan. Huhu..
ReplyDeleteSaya ingatkan saham jatuh sebab org dah makin bosan nak layn FB. Hehehe.
Saya pun x faham hehehe
ReplyDeleteSokong gan anoymous tue JR hihihi
ReplyDeleteMark x rugi pape..saham dia sendiri value dia USD 1 per share..IPO value USD 38 skang jatuh ke USD 32 kot..Mark masih untung USD 31 per syare..cuba tgk brp saham dia ada..kaya kaya..
ReplyDeleteMark x rugi pape..saham dia sendiri value dia USD 1 per share..IPO value USD 38 skang jatuh ke USD 32 kot..Mark masih untung USD 31 per syare..cuba tgk brp saham dia ada..kaya kaya..
ReplyDelete