Korang ada pengalaman membaharui insuran kereta atau motor? Bagi JR antara pengalaman paling terrible dan horrible ialah ketika membaharui insuran, tak kira insuran kereta atau insuran motor.
Kerenah syarikat-syarikat insuran ketika membaharui insuran kini memang sangat menyakitkan hati. Syaratnya macam-macam, campur pula caj-caj tambahan yang macam-macam, akhirnya caj insuran jadi mahal satu macam. Tak macam dulu, mudah saja, bayar pun tak mahal macam sekarang. Pada hal dalam seratus yang baharui insuran, berapa kerat sangat akhirnya akan claim insuran? Mengikut satu sumber, cuma 3% saja pengguna kenderaan yang pernah claim insuran, jadi bayangkan berapa bilion ringgit yang syarikat insuran kebas dari kita dalam setahun?
Kalau gitu tak guna kerajaan mansuhkan insuran motor, tak guna juga jika kerajaan kurangkan kadar insuran kereta jika akhirnya syarikat insuran sembelih pemilik kenderaan dengan caj yang bukan-bukan.
Jadi bila JR baca keluhan pembaca ni dalam sebuah akhbar, JR memang setuju:
Yang seronoknya ialah syarikat insuran dapat untung berbilion-bilion ringgit setahun....
Betul la bang.....bukan meringankan beban....menambah beban jadinya ni...
ReplyDeleteKeluhan Demi keluhan.. Bebelan Demi bebelan.. Sampai time.. Kena bayar jugak.. Mmg beban..
ReplyDelete