»

03 April 2012

Suka Tak Biskut Marie...Biskut Untuk Golongan Bangsawan Dan Atasan??



Salam pagi Selasa buat semua pembaca blog JR.

Malam tadi JR sangat tak berselera nak makan. Perut rasa lapar, tapi selera seperti mati. Dan tiba-tiba teringat biskut marie. Memang di dapur JR bekalan biskut marie sentiasa ada. Ini kerana semua ahli keluarga dari JR, isteri dan anak-anak, semuanya tak pernah menolak biskut marie.


Ada sapa-sapa kat Malaysia tak kenal biskut marie? Rasa JR semua orang kenal biskut marie. Sapa tak pernah makan biskut marie angkat tangan! Mungkin tak ada yang angkat tangan kerana semua mengenali biskut dalam pelbagai perasa yang harganya masih murah ini. 

JR sejak kecil mengenali biskut ini yang diperkenalkan oleh ibu JR yang mengenalinya daripada nenek JR. Nenek JR pula mungkin mengenalinya dari moyang JR....wah, lamanya biskut marie dah bertapak di Malaysia!

Bagi JR, cara paling mudah makan biskut marie ialah dicicah dengan kopi o yang sedang panas berasap. Hmmm...aroma kopi asli campur biskut marie boleh membuatkan mertua lalu depan mata pun tak sedar...tu dia!!

Mengapa biskut ni namanya marie dan bukannya maryam? Sebabnya mudah, biskut ini asalnya dari England. Biskut marie dicipta oleh Peek Freans di London pada tahun 1874 sempena memperingati perkahwinan Grand Duchess Maria Alexandrovna of Russia dengan Duke of Edinburgh. Jadi biskut marie ni diambil sempena Duchess Marie (Maria) itu lah...

Walaupun nama marie mula diabadikan pada biskut itu mulai 1874, tapi sejarah biskut marie ni sebenarnya bermula lebih awal lagi iaitu sekitar abad ke 17 di Yorkshire, England dengan terciptanya sejenis biskut yg pada masa itu dikenali sebagai tea biscuit (kini dikenali sebagai Rich Tea) yang dihidangkan untuk santapan golongan bangsawan dan atasan sebagai snek sampingan. Resipi asasnya ialah tepung gandum, gula, minyak sayuran dan juga ekstrak malt. Biskut marie adalah variasi daripada tea biscuit itu, tetapi ditambah perisa vanilla bagi menyedapkan rasanya.

Ingat tu..biskut marie mengikut sejarah adalah biskut untuk hidangan golongan bangsawan dan atasan. Jadi jika korang pernah makan biskut marie, korang juga boleh bayangkan sedang berada dalam kelas yang sama dengan golongan bangsawan dan atasan. 

Di UK, biskut ini lebih dikenali sebagai Rich Tea Biscuit. Tapi di negara2 lain  termasuk Australia, India, Pakistan, Afrika Selatan, Portugal, Sepanyol hingga ke Malaysia ia lebih dikenali sebagai biskut marie. 

Yang menyebabkan ramai orang termasuk JR dan anak-anak suka biskut ini ialah selain dari harganya yang murah, ia juga boleh didapati dalam pelbagai perisa coklat, kopi, vanilla dan lain-lain. Bagi yang kreatif pula biskut untuk golongan bangsawan ini boleh dijadikan resipi untuk buat kek seperti kek batik dan kek koko dan boleh juga dibuat puding...

3 comments:

  1. hehehe selau beli time nak bukak pose kat basar ramadhan..sedap oo

    ReplyDelete
  2. bg saya pulak,dicicah dengan susu panas...layaannnn...heheh

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....