»

02 April 2012

Apa Hadiah Nak Diberi Untuknya?


Salam buat semua pembaca blog JR

Jarang-jarang JR cerita kisah peribadi dalam blog ni kan. Asyik cerita info tu info ni aje. Tapi malam ni nak cerita sikit kisah keluarga JR. Sikit aje...Tentulah yang nak diceritakan kisah baik-baik belaka, kisah sedih simpan bawah bantal cukup le.

Hari ni, putri JR (satu-satunya putri, yang lain putra-putra belaka) pulang dari sekolah dengan senyuman manis, semanis-manisnya. Senyum memanjang sampai ke telinga...



[a.jpg]
Sha putri JR...



"Abah, cuba teka, Sha dapat nombor berapa exam baru-baru ni?" duganya

"Nombor di bawah 30, betoi tak?" teka JR. Bagi JR jika dapat nombor di bawah 30 pun cukup baik, kerana keseluruhan pelajar Tingkatan Satu adalah seramai 150 orang, jika dapat nombor 30 bererti ada 120 pelajar lagi di bawahnya. Itu sudah dikira cukup baik!

Lagi pun bukan senang nak dapat nombor yang baik di sekolah anak JR belajar tu. Maklumlah sekolah tempat dia belajar tu satu-satunya sekolah berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi di Kedah (di Malaysia cuma ada 4 sekolah menengah harian yang diiktiraf Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi). Semua pelajarnya pula perlu mendapat 5A dalam UPSR dan aktif dalam kokorukilum sebagai salah satu syarat wajib memasukinya. Jadi persaingan pasti sangat sengit. Sebab tu lah JR kata jika dapat nombor 30 pun still ok.

"Abah ingat Sha teruk sampai cam tu ka, dapat nombor 30?" katanya menarik muka masam.

"Habis dapat nombor berapa?" tanya JR lagi kepada putri JR yang sejak sekolah rendah kerap mendapat nombor satu itu.


"Teka la"

"Hmmm...dapat nombor 10 hingga 20?" teka JR untuk kali kedua. JR tak pernah mengharap suatu result yang terlalu baik, kerana sedar biasanya nombor 1 hingga 10 dimonopoli oleh pelajar-pelajar berketurunan Cina dan India.

"Salah...sebenarnya nombor 11!" katanya.

"Tahniah!" kata JR sambil menghulurkan tangan kepadanya. 

"Eh, apa la abah ni...dapat nombor 11 pun nak ucap tahniah?"

"Nombor 11 bagus la tu, kalau dapat nombor 150 pun masih bagus sebab bukan senang nak masuk sekolah ni!" kata JR.

"April fooooooll" tiba-tiba jerit putri JR.

Eh, April fool pula. Dah 2 haribulan April masih nak April fool? Jadi kalau April fool, betullah dia dapat nombor 150?

"Nombor yang sebenarnya Sha dapat ialah...nombor 11 buang satu" alamak dia nak berteka teki lagi!!

"Sebenarnya nombor satu abah... Sha dapat nombor satu, nombor satu dalam kelas dan nombor satu dalam keseluruhan tingkatan!"

"Syukur alhamdulillah" kata JR sambil memeluk putri JR.

"Ada hadiah tak Sha dapat nombor satu?" hahahaha...inilah soalan cepu emas yang dah diduga..soalan yang diulangi setiap kali dia dapat nombor satu sejak di darjah satu.

"Pasti ada...tapi biarlah rahsia, baru la ada suspens sikit kan..." janji JR..

Ya Allah semoga kau restui perjalanan anakku itu menggapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor pakar bedah.....

5 comments:

  1. Tahniah adik, belajar sungguh sungguh. Persaingan kuat sangat sekarang. Congrates for you too JR (:

    ReplyDelete
  2. tahniah ucapan ikhlas dari Etuza..happy rasanya sejuk hati..

    ReplyDelete
  3. cantik,,no satu plak tu..hehehe

    ReplyDelete
  4. Bijaknya putri JR...Cik rose tumpang seronok...kita sebagai Ibubapa mesti bangga dengan pencapaian anak-anak kita dalam akademik...Semoga Berjaya Dik...

    ReplyDelete
  5. no satu susah mahu dapat. susah woo..tahniah.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....