»

12 April 2012

Pemain Bola Malaysia: Main Bola Atau Main Pompuan??



Salam pagi Khamis buat semua pembaca blog JR

Agak lama juga JR tak tulis pasal cerita sukan di blog buruk ini. Maka hari ni nak cerita pasal bola la pula. Bukan cerita pasal Aidil Zafuan yang baru menceraikan isterinya dua hari lepas menerusi SMS. Bukan cerita Apex goal keeper yang sinonim dengan  pelbagai kisah dengan beberapa orang wanita. Bukan juga kisah penyerang bernilai RM1 juta Safee Sali yang baru menceraikan isterinya beberapa minggu lalu. Bukan..bukan..bukan kisah pemain bola dengan pelbagai wanita di Malaysia. Bukan..bukan..ia tak ada kena mengena dengan wanita..

Ini JR nak cakap mengenai ranking skuad kebangsaan bolasepak Malaysia dalam peta bola sepak dunia yang nampaknya semakin merosot apabila jatuh ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156.


Mengikut senarai mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam, Malaysia menghuni tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, kedudukan 150 pada Februari dan 152 bulan lepas. Maknanya makin lama makin menggelunsur ranking Malaysia sebagai negara paling teruk dalam arena bolasepak. 


Di peringkat dunia Malaysia kini di tangga 156. Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam ( tangga 97), Thailand (tangga 141), Filipina ( tangga 148) dan Indonesia (tangga 151). Dengan kata-kata lain, Malaysia adalah negara paling teruk dalam sukan bolasepak di Asia Tenggara, walaupun pemain bola kita seperti Aidil, Apex dan Safee sangat popular dengan kisah-kisah peribadi mereka. 

Mungkin apa yang sorang kawan JR katakan hampir betul: bahwa pemain bolasepak Malaysia lebih popular dengan kisah main pompuan dari main bola. Mungkin ia sindiran yang keterlaluan, tetapi bila peminat seperti kawan JR tu kecewa dengan tahap bolasepal kita macam-macam yang akan terhambur keluar dari mulut mereka... 

2 comments:

  1. dah lama dah sy perasan benda ni JR. Main setakat ala2 kadar je, scandal je banyak. Eh, baru saya perasan yg dia apek tu rupanya pendek je berbanding pemain lain. Hehehe. Kelakar plak.

    ReplyDelete
  2. pasal banyak main pompuan la dah tak boleh fokus main bola...
    perempuan kan boleh jadi madu, boleh jadi racun... ;p

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....