Salam malam Jumaat buat semua pembaca blog JR.
Entah macam mana di malam-malam Jumaat macam ni, teringat pula JR akan satu cerita yang rasanya sangat sesuai dengan semangat malam Jumaat.
Tapi sebelum membaca kisah ini selanjutnya ada sedikit amaran dari penaja rancangan: kisah ini cuma sesuai untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas, terutamanya yang sudah berkahwin.
Kisah yang nak JR ceritakan ni kononnya adalah kisah benar yang berlaku ke atas seorang YB di sebuah negeri di Malaysia. YB ni korang pasti tau kan, kebanyakan mereka berkereta besar, berumah besar dan beristeri besar. YB juga dengan wang mereka yang banyak kerana dapat banyak projek, banyak elaun dan banyak peluang perniagaan itu, maka rezeki mereka sangat-sangatlah lumayan. Sebab rezeki sangat lumayan itu kebanyakan YB ada lebih dari satu isteri, tapi cuma isteri nombor satu selalu masuk TV duduk di sebelah suami, isteri nombor dua, tiga dan empat (jika ada) cuma simpan di rumah...
Satu hari YB yang bernama YB Datuk K ini bercakap dengan pemandunya bernama Pak Mat dalam kereta:
Datuk K: Pak Mat...Pak Mat boleh tolong saya tak?
Pak Mat: Alah Datuk ni, macam tak biasa pulak, cakap saja apa pertolongan...dalam lubang cacing pun kalau Datuk suruh saya masuk...
Datuk K: Tak lah sampai lubang cacing Pak Mat oooiii...Diringkaskan cerita macam ni Pak Mat..Kau pun tau aku ada tiga bini dan kau pun tau perangai bini-bini aku tu, semuanya sama...garang macam harimau. Ni yang aku tak tahan dengan tiga-tiga orang tu..
Pak Mat: Habis Datuk nak minta saya buat apa? Nak minta saya guna bomoh lembutkan hati tiga-tiga bini Datuk yang garang macam harimau tu ke?
Datuk K: Tak payah berbomoh-bomohlah Pak Mat, itu kan syirik namanya. Macam ni...aku sangat berkenan dengan kerani kat pejabat lawyer tu...si-Liza tu lah..Aku pun dah bercakap dengan dia, dia pun dah setuju..
Pak Mat: Dia dah setuju nak kawin dengan Datuk? Baguslah tu tok...sekarang barulah cukup kuota...Tapi Datuk pasti ke si-Liza tu bukan garang macam harimau?
Datuk K: Kau pun pernah tengok Liza tu kan? Hmmm...manjanya macam kucing, itu yang aku berkenan sangat tu..Bila kena marah dengan tiga ekor harimau tu, bolehlah juga aku cari kucing untuk bermanja...hahahaha...
Datuk K: Jadi aku nak minta tolong kau pergi meminang si-Liza tu, boleh tak?
Pak Mat: Boleh Datuk...tanggung beres!!
Diringkaskan cerita seminggu kemudian berkahwinlah dua mempelai yang bagai pinang dibelah kapak itu...
Setiap kali balik dari rumah isteri nombor empat, Pak Mat nampak wajah Datuk K macam bermasalah saja. Nak tanya segan...maklumlah pengantin baru. Hingga akhirnya satu hari Datuk K bercerita:
Datuk K: Pak Mat...errr....tukang urut yang dekat simpang tu masih mengurut lagi ke?
Pak Mat: Setau saya masih mengurut..Eh, Datuk nak pergi rumah dia ke?
Datuk K: Kau aturkan pertemuan dengan dia di Hotel ZZZ, aku nak minta dia urut aku di hotel tu..Sakitlah badan aku ni Pak Mat, kadang-kadang rasa macam tak tahan...
Pak Mat: Eh, dulu Datuk kata Datuk tak tahan dengan tiga isteri Datuk kerana garang macam harimau, yang nombor empat ni pun garang macam harimau juga ke?
Datuk K: Tak...yang ini manjanya betul-betul macam kucing...
Pak Mat: Kalau tak macam harimau, bagus la Datuk, tapi mengapa Datuk tak tahan pula?
Datuk K: Memanglah Liza tu tak garang macam harimau, tapi dia ni hari-hari mau, tu yang aku tak tahan tu!!!
Pak Mat: Hari-hari mau...hahahahhaa, patutlah Datuk macam letih aje bila balik dari rumah Liza...
JR tulis sendiri ke citer ni? Pinang dibelah kapak tu tak tahan tu. Heheh.
ReplyDeleteamboi...kuat sungguh
ReplyDeleteJika diberi pilihan saya lebih suka harimau daripada hari-hari mau. Harimau kita boleh tinggal kat zoo, tapi kalau jenis hari-hari mau, adooooiii...nanti longgar kepala lutut!!!
ReplyDeleteHahhaaaaa adoyai, nasib saya dah 21 tahun
ReplyDelete