»

04 April 2012

Mengapa Pompuan Tak Suka Boss Pompuan??



Satu petang isteri JR pulang dari pejabat dengan muka tak ceria. JR tak mau tanya apa-apa, sebab pompuan ni tau aje le, bukan lama boleh simpan apa yang bersarang di dada, tak sampai satu jam pecahlah cerita...

"Ala...Dr. Y kena tukarlah. Ni yang tak best ni. Yang nak mai ganti tu boss pompuan la pula, kalau boss lelaki tak pa juga. Mampos kami!!" rungut isteri JR.



Ye le, JR faham kerisauan isteri JR. Dulu pun dia pernah kerja dengan boss pompuan. Biasalah boss pompuan, seperti cerita isteri JR boss pompuannya  dulu itu sangatlah cerewet nak mampos..anak buah buat kerja mesti perfect, tapi dia tak perfect tak pe. Anak buah kena berada di meja masing-masing 15 minit sebelum waktu kerja bermula, tapi dia kadang-ladang tiba 20 minit lewat yang tak siapa tau apa sebabnya tak pe (nak tanya kenapa lewat takut kena jerit). Kalau marah bossnya suka jerit-jerit sampai boleh dengar sampai ke kantin (nasib baik gegaran suaranya tak memecahkan pinggan mangkuk di kantin), dia juga suka marah pegawai depan staff...dan banyak lagilah cerita-cerita negatif tentang boss pompuannya sebelum bos lelaki sekarang yang kini nak kena tukar pula.

Tapi boss lelaki kata isteri JR  berdasarkan pengalamannya sangat understanding, kalau tak puas hati dengan prestasi kerja anak buah dia akan panggil ke dalam bilik dan menasihati dengan cara baik, tak terjerit-jerit macam disampuk hantu di depan staff lain seperti boss pompuannya dulu. 

JR juga ada banyak pengalaman berkhidmat dengan boss pompuan. Bukan seorang, tapi JR pernah berkhidmat dengan 4 orang boss pompuan. Pengalaman yang sama ialah setiap kali keluar arahan yang akan datang jadi boss tu ialah seorang pompuan, suara-suara negatif dah berbunyi:

"Alah...yang nak datang tu boss pompuan la. Aku tak suka pompuan jadi boss, banyak songeh!" 

"Yang nak mai tu pompuan, dah dekat monopause pulak tu, habislah kita!"

"Tak ada lelaki ke nak jadi boss, asyik-asyik pompuan yang cerewet jadi boss...tension tak habis-habis kita, silap-silap nanti semua kita dapat heart attack!"

Malah ada yang siap mengeluarkan hadis yang menyebut pompuan tak boleh jadi pemimpin!

Dan yang peliknya, kebanyakan yang tak suka pompuan jadi boss ni bukannya lelaki, tapi pompuan sendiri yang tak suka pompuan jadi boss. Mungkin kerana mereka mempunyai pengalaman yang sama bila kerja dengan boss pompuan yang rata-ratanya strict, garang, tak boleh bertolak ansur dan tak faham masalah orang lain. 

JR yang pernah kerja dengan boss-boss pompuan tak menafikan ada perbezaan bila lelaki jadi boss dan pompuan jadi boss. Tambah-tambah lagi jika pompuan tak kawin (andartu) jadi boss, lagilah teruk perangainya. Bila anak sakit dan kita datang lewat sikit (itu pun telefon dia dulu beritau nak tiba lewat sikit ke pejabat), sampai saja ke pejabat kita terus diherdiknya di depan staf lain:

"Tadi kata nak sampai pukul 10...cuba you tengok jam di dinding tu, jam tu tak mampos lagi kan...dah pukul 10.30! baru nak sampai"

"Sori boss, orang ramai kat klinik, doktor pula......."

"Menjawab..menjawab..menjawab, sudah, I tak perlukan jawapan you, dah lambat macam-macam alasan tak logiknya..."

Alasan tak logik? Dalam hati: grrrrrrrr...(aku cekik pompuan ni baru tau!!)

(Dialog di atas berdasarkan pengalaman JR sendiri)

Walaupun ramai yang kata boss pompuan banyak songehnya, tapi kalau kita pandai handle mereka, segala masalah sebenarnya dapat di atasi. Pengalaman JR, jika berhadapan dengan boss pompuan yang banyak kerenah ni, kita jangan lawan dia, ikut saja anginnya. Kalau dia marah, diam aje, walaupun kita di pihak yang betul. Kalau perlu beri penjelasan, gunakan bahasa yang selembut mungkin. Pompuan tetap pompuan, macam kerak nasi, bila kita selalu bubuh ais, kerak nasi akan cair juga...

Bila dia bercakap, beri perhatian. Bila dia sedih, cuba ceriakan suasana dengan cerita-cerita segar yang boleh menenangkan hatinya. Kerana pompuan tetap pompuan, boss segarang manapun, setinggi mana pun pangkatnya, bila hatinya tak stabil... akhirnya akan menangis juga. Dan bila dia berduka, dia perlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya..

Dan bila boss pompuan tu dah kita menangi hatinya dengan kerja kita yang terbaik di pejabat...dia akan percayakan kita. Mulalah kita akan menjadi 'anak emasnya', silap-silap bagi yang lelaki akan difitnah ada skandal dengan boss sendiri pulak (ini pernah terjadi kepada JR!!). 

Dan bila kita kena tukar ke jabatan lain (ini pun kisah benar JR) boss pompuan   tu akan membuat rayuan  berjela-jela ke pihak atasan supaya kita kekal bekerja dengannya. Malah ada seorang boss pompuan tu bila JR kata nak tukar ke jabatan lain untuk tambah pengalaman berkata: "No..no..no..you tak boleh tukar ke tempat lain, you nadi jabatan ini...Bila I pencen dua tahun lagi you nak tukar pun tukarlah.."

Adoooiii....kita dipujinya sebagai 'nadi', terasa hebat...lalu terus kerja dengannya sampai dia pencen..

Konklusinya tak semua boss pompuan tu jahat. Boss lelaki pun ramai yang songeh dan kerenah gila meroyannya mengalahkan pompuan beranak. 

Yang penting kita sebagai pekerja di bawah boss, tak kira boss tu lelaki atau pompuan, perlu menghormatinya dan memahami segala kekuatan dan kelemahannya sebagai manusia biasa. No one is perfect... that's why pencils have erasers!!

6 comments:

  1. suka bos lelaki gak...

    ReplyDelete
  2. Paham sangat. tp suka gak gan bos lelaki...

    ReplyDelete
  3. pernah kerja dgn bos lelaki dan bos pompuan... ;p

    macam JR kata la - bos pompuan ni macam mana cara kena menang hati dia... kalau itu ok... ok la jawabnya... saya ok je klu org yg cerewet 'bertempat'...

    psl bos lelaki... yg ni pun saya pernah kena yang melampau cool... cool sangat sampai semua kerja longgok kat kita 'buta-buta'... pandai-pandai la nko nak settle mcm mana... dan pernah sy pedajal bos gitu - bagi report salah utk dia bawa dlm meeting... menjawab la dia... bila dia balik tanya... kita jawab la 'mana tahu benda tu nak kena buat mcm tu'... buleh tak?...

    lelaki ke perempuan pd saya sama je... pandai-pandai la nak kerja... janji gaji ada... ;p

    ReplyDelete
  4. Oit oit... Jgn lebih2 kutuk lady boss..

    Lady boss very detail and precise.. Hahaha..

    ReplyDelete
  5. lelaki dan pompuan sebagai bos? ha masing2 ada kelebihannya,belum pernah jumpa bos pompuan yg tengking2 melampau. Tapi ada bersama bos lelaki yang macam nak makan saya. Pernah tau! bos lelaki tu tanpa sebap memindahkan saya jauh2. Apa sal..saya pun x tau. Hai mujurlah Allah kabulkan doa..tak jadi. Allah tahu kita tak bersalah ya...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Cik rose pun tak suka bos perempuan hihihi bos perempuan cepat moody...(Alamak!! aku pun perempuan hihihi)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....