Ketika JR menulis ni, cuaca agak redup. Di hujung ufuk barat kelihatan tompok-tompok hitam seperti memberitahu malam nanti hujan akan turun. Bagi JR hujan turun tak apa kerana hujan adalah rahmat Allah untuk tumbuhan yang merindui titisan airnya.
Yang JR takut ialah bila hujan disertai ribut petir. Sejak kecil JR memang takut bila dengar bunyi petir!!
Semalam dua orang warga Bangladesh meninggal dunia akibat di panah petir di Gua Musang, manakala tiga lagi cedera. Dua hari lepas seorang nelayan meninggal di panah petir ketika pulang dari menangkap ikan manakala adiknya cedera parah. Sebelum itu 15 pelajar yang sedang mengikuti kem pengakap di Bukit Katil, Melaka juga dipanah petir. Sebelum itu lagi banyak kes mereka yang dipanah petir di Malaysia, ada yang meninggal, ada yang tercedera, ada yang lumpuh seumur hidup.
Tahu ke korang , negara kita Malaysia ni adalah antara negara yang paling banyak panahan petir di dunia selepas Rwanda dan Congo? Mengikut satu sumber menyatakan mereka yang mati akibat dipanah petir di Malaysia ialah 10 kali ganda lebih tinggi daripada kes di Amerika. Dahsyat tu!!!
Mengapa petir suka sangat melancong kat Malaysia? Menarik sangat ke Malaysia hingga sering disinggahi petir? Panahan petir memang sangat mengerikan kerana ia mampu menghasilkan arus elektrik sehingga 300,000 ampere dengan tahap kepanasan sehingga 40,000 darjah Celsius!!
Menurut Pengarah Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP), Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd. Zainal Abidin Ab. Kadir, berdasarkan kajiannya, terdapat 50 kes kemalangan jiwa akibat panahan petir di negara ini sejak lima tahun lepas. Secara matematik, satu kes kematian akibat panahan petir terjadi setiap bulan, satu angka yang sangat tinggi!
Sesiapa yang tinggal di kawasan Subang sila ambil perhatian: kawasan Subang, Selangor dikenal pasti sebagai kawasan yang paling kerap disambar petir iaitu sebanyak 362 hari dalam setahun pada tahun 1987 hinggakan Subang digelar sebagai ‘Mahkota Kilat’ (Crown of Lighting).
Soalnya sekali lagi: mengapa petir suka sangat turun di Malaysia?
Ada satu teori yang JR dengar ia ada kaitan dengan pelepasan gas daripada sektor industri yang menyebabkan peningkatan tekanan dan suhu yang mendadak menyebabkan udara sekeliling mengembang dengan derasnya yang menghasilkan kilat. Sebab tu di kawasan yang terdapat banyak kilang, banyak kes panahan petir terjadi.
Apa yang mengherankan JR ialah anak-anak, remaja bahkan orang tua buat tak kisah main di padang bola, di padang golf, memancing dan berteduh di tempat terbuka seperti bus stop dan bawah pokok ketika hujan mula turun. Setidak-tidaknya tanya la diri tu dulu dah sembahyang ke belum dan ayat Quran yang mana patut di baca ketika guruh dan petir!!
Mungkinkah saya first membaca n3 ini. Syukran mendapat tazkirah yg sangat bermanfaat tuk semua. Yg tak sempat ke Jr blog rugi rasanya.
ReplyDeleteJR telah menyampaikan lebih dari sepatah. Alhamdulilah..
memang takut ngan petir...dari kecik lagi...pasal tu kalau petir aje...duduk kat tmpt teduh...@_@
ReplyDeletexkisahlah member2 gelakkan penakut,tapi memang cuak kalau dgr bunyi petir...+_+
ReplyDeletedya pun dari kecik takut ngn petir.. pernah sekali..waktu tangkap gambar..flash camera tu dya ingtkan petir..
ReplyDeletesaya pun takut sgt dgn petir/kilat..mggu lepas baru je tulis entri pengalaman saya kena percikan kilat - dedikasi utk musim kilat yg tengah hebat melanda kat area sni..trauma dbuatnya! huhu
ReplyDelete