Korang dah daftar sebagai pengundi ke dalam pilihanraya umum akan datang? Bagi yang dah cukup umur jangan lupa tanggung jawab korang terhadap negara. Tak kiralah parti apa yang korang nak mengundi, yang penting satu undi boleh mengubah negara, satu undi boleh mengubah masa depan, satu undi boleh mengubah anak cucu...ia satu undi yang sangat penting semestinya..
Bagi yang dah daftar tu, jangan ingat tempat yang korang daftar tu sama dengan apa yang ada dalam rekod SPR. Mungkin dulu pernah mengundi di lokasi A, jangan ingat kali ini nama korang masih kekal di A, kerana ia mungkin telah ditukar ke B, C, D atau Z. Sekarang ni zaman penuh misteri dan pelik, banyak perkara tak disangka boleh berlaku, tiba-tiba tak disangka cempedak jadi nangka, tiba-tiba bila nak mengundi tengok nama tak ada di tempat mengundi, baru padan muka.
Bayangkan jika Menteri Besar Selangor tu pun SPR boleh ubah tempat mengundi tanpa pengetahuan dan keizinannya, apa lagi la orang-orang kecil yang bukan MB seperti kita. Jika VVIP macam MB pun boleh diperlakukan begitu, apa lagilah orang yang bukan VVIP, bukan VIP dan bukan IP seperti kita.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusog berkata tadi sebenarnya bukan MB Selangor saja yang namanya dipindah tanpa keizinannya, tapi lebih 19,000 pengundi lain juga dipindahkan ke lokaliti berlainan.
Mungkin nama korang pun dalam senarai 19,000 nama yang dipindahkan SPR secara paksa tu mana tau? Oleh itu sila semak tempat mengundi korang sebelum terlewat. Klik di sini... untuk mengetahuinya. Kalau dipindahkan ke tempat lain tanpa keizinan, sila buat aduan.
apa nak jadi dgn SPR ni..??
ReplyDeletemereka merancang..Allah juga merancang..sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik..
bulan 8 ni baru 21 hheheh
ReplyDeleteBerita2 yg macam ni yg buat tangan aku semakin gatal nak mengundi..kasi ajar sikit dgn SPR dan BN. SPR perlu dibebaskan drpd menjadi salah satu parti komponen BN...bebaskan SPR!!!
ReplyDelete