Salam tengahari Selasa buat semua pembaca blog JR.
Bagi wanita, mereka pasti bangga jika punya payudara besar. Kononnya berpayudara besar itu kelihatan lebih menarik dan seksi. Kerana itu ada yang cuba membesarkan payudaranya dengan berbagai cara. 
Tapi tau ke korang wanita yang mempunyai payudara kecil lazimnya mempunyai usia yang lebih panjang daripada yang berpayudara besar? 
Pendapat itu disampaikan oleh Dr Laurence Kirwan, seorang ahli bedah kosmetik  dalam sebuah tulisannya dalam Mail Online. Sebab itu katanya ada wanita yang berpayudara besar sengaja membuat pembedahan bagi mengecilkannya supaya mereka lebih sihat. Menurutnya kadang-kadang pembedahan kecantikan tidak hanya memperbaiki penampilan seseorang tapi juga kualiti hidup dalam jangka panjang.
Dr Kirwan mengemukakan contoh seorang pengacara TV British terkenal  Ulrika Jonsson. Wanita ini merasa payudaranya terlalu besar dan dia  menjalani pembedahan untuk memperkecil ukuran payudaranya pada tahun 2009 dari 32E menjadi 32C saja.
Bagi Ulrika, punya payudara besar  tidak selalu membanggakannya. Ini kerana  dia sering merasai punggungnya sakit sebab terpaksa menahan beban yang terlalu berat di atas dadanya. Bukan itu  saja, malah punggungnya juga tercedera akibat sakit saraf dan perubahan  postur dik menanggung beban payudaranya yang besar itu.
Doktor yang merawat Ulrika menyatakan kerosakan saraf akibat mengampu payudaranya yang besar itu boleh membuatnya lumpuh atau  mengalami gangguan fungsi tubuh lainnya, bahkan dia juga boleh mati muda  kerana berbagai komplikasi penyakit kronis yang akan menyerangnya selepas itu.

Bagi Ulrika keputusan memperkecil payudaranya dibuat bukan semata-mata berkaitan  soal penampilan diri, tapi ia membuatnya lebih berkeyakinan dan  yang  terpenting punggungnya tidak lagi menanggung beban berlebihan seperti ketika memiliki payudara besar.
Dr  Kirwan menyatakan beberapa pesakit yang memperkecil payudara mereka  juga memberitahunya mereka lebih berkeyakinan untuk bersenam selepas payudara mereka dibedah. Ini kerana beban di  dada mereka telah berkurangan, menjadikan gerakan mereka menjadi lebih lincah dan dengan itu tubuh  menjadi lebih aktif melakukan pembakaran kalori.
"Kajian  membuktikan ramai pesakit yang berpayudara kecil jadi lebih rajin bersenam dan bersukan, dapat mengawal keseimbangan glukosa dan pada akhirnya  mereka terhindari dari risiko serangan diabetes," kata Dr Kirwan. 
Bagi korang yang mempunyai payudara kecil, bersyukurlah dengan anugerah Allah itu. Yang punya payudara besar, janganlah bangga sangat kerana setiap yang nampak cantik ada yang tidak cantiknya...
 Jika korang nak tahu lebih lanjut mengenai perkara ini bacalah artikel Dr Kirwan ini di Mail Online.


ahahahahha no komen la.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, payudara saya kecil aje. Mmaklumlah saya lelaki...ihiks..
ReplyDeletekalau besr malu >_<
ReplyDeletelol,cik bolat...kenapa kalau besar malu?wakakak XD
ReplyDelete