»

07 March 2012

STPM: Anak Penjual Ayam Dapat 5A

 
Salam petang Rabu buat semua pembaca blog JR.

Terlebih dulu JR nak ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2011 yang diumumkan pagi tadi.

Seperti yang diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia pagi tadi seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan STPM 2011 itu berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya.
 
Dari jumlah itu 12 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam semua lima mata pelajaran yang diambil berbanding 8 calon saja pada tahun sebelumnya. Tahniah kepada mereka!

Dan yang paling mengesankan JR ialah bukan semua yang mendapat kejayaan cemerlang mendapat 5A itu mereka dari kalangan anak orang berada, anak VVIP, anak VIP, kerana saban tahun anak-anak orang biasa juga tidak kurang cerdiknya. Misalnya antara 12 pelajar yang mendapat 5A dalam STPM 2011 ialah seorang anak penjual ayam. Pelajar tersebut, Lee Sze Sing, 19 tahun adalah anak seorang penjual ayam di pasar Taman Berjaya, Alor Setar mendapat 5A dalam Pengajian Am, Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi.

Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa Alor Setar itu  tidak menjadikan latar belakang keluarganya sebagai penghalang untuk berjaya dalam pelajarannya. Sebaliknya dia menjadikan kesusahan keluarganya sebagai pendorong sehingga berjaya memperoleh 5A dengan Purata Nilai Gred Komulatif (PNGK) 4.00.

Ayahnya cuma  penjual ayam manakala ibunya pula tidak bekerja. 

"Pendapatan ayah tidak tetap, jadi saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membantu ibu dan ayah suatu hari nanti," katanya seperti yang dipetik oleh Bernama.

Resipi kejayaan Lee ialah: "Saya memperuntukkan dua jam setiap hari untuk belajar di rumah. Saya turut mengikuti kelas tambahan," katanya yang bercita-cita menjadi seorang jurutera.

JR tak pasti daripada 12 orang pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang 5A itu berapa orang daripada  kalangan kaum Melayu. Kalau dapat seorang dua yang mendapat 5A pun cukup membanggakan kerana selama ini orang Melayu cuma menjadi hero dalam peperiksaan sijil rempit, ragut, dadah, buang anak dan rasuah saja....

4 comments:

  1. tang sijil mat rempit tu mmg kebanyakan nya org melayu....huhuhuu

    ReplyDelete
  2. Sijil universiti pusat serenti pun melayu jugak, bangganya aku...

    ReplyDelete
  3. terharu dan motivated baca entri ni JR...suka... :)
    dan kisah kisah gini la yang sy maksudkan dalam post sy semalam yang setiap org mempunyai cerita hidup masing2... :)

    ReplyDelete
  4. hummm jr..
    org yg susah selalu dapat kejayaan kn..
    sbb diaorang nk ubah hidup diaorang..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....