»

08 March 2012

Akhirnya Kau Pergi Jua...Alfatihah


Awal-awal pagi tadi, kurang lebih jam 1.30 pagi ketika JR belum lama terlelap, tiba-tiba ada panggilan telefon dari kampung. Ketika mencapai henset, hati JR berdebar-debar. Ini kerana biasanya panggilan di awal pagi membawa berita yang tidak menggembirakan.

Telahan JR tepat. Memang ia berita pedih. Ipar JR meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Telah lebih dua bulan dia terlantar di hospital melawan kesakitan akibat kanser paru-paru tahap empat. Doktor memberi masa satu tahun, tapi Allah lebih menyayanginya dan di awal pagi tadi Dia menjemput iparku pergi mengadapNya lebih awal dari ramalan doktor. Alfatihah...

Ketika menulis entri ni JR menulisnya dalam keadaan hati yang masih separuh sebak. Agak menyesal mengapa minggu lepas JR tak mengunjunginya seperti yang dijadualkan hanya kerana ada satu urusan kecemasan lain. Sepatutnya JR pergi melawatnya lusa (hari Sabtu) tapi ketetapan Allah tak dapat dimungkiri. Allah lebih dulu memanggilnya sebelum JR sempat melawatnya sekali lagi.

Tadi ketika melihat wajahnya buat kali terakhir, kelihatan betapa cantiknya dia, masih tersenyum seperti ketika hidupnya. Tadi ketika JR sama-sama mengangkat wajah kakunya untuk dimasukkan dalam keranda dan kemudian mengusung  keranda untuk dibawa ke kuburan, masih teringat betapa dia seorang wanita yang begitu baik, sangat baik!! Ketika aruah ibu JR sakit dialah yang menjaga ibu, tapi kini dia juga pergi menuruti kepergian ibu yang menemui Illahi 14 bulan lalu.

Nur Asma, akhirnya kau pergi jua. Kini tamatlah kesakitan yang kau tanggung selama berbulan-bulan ini. Kini kau tidak lagi perlu menanggung kesakitan, kau pasti bahagia kerana telah membuat yang terbaik di dunia ini. Ketahuilah bahwa bukan saja keberangkanmu menemui Illahi ditangisi oleh suami dan dua anakmu, tapi kami semua ahli keluarga turut merasai hibanya. Hari ini kau pergi, nanti kami juga akan menyusuli perjalannanmu yang hanya Allah saja yang mengetahuinya bila..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Nur Asma binti Aminah dan meletakkannya di kalangan mereka yang beriman, aminnn...

4 comments:

  1. al.fatihah.. amiin..
    sedihnye..

    ReplyDelete
  2. alfatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin3

    #kita ni pun pasti akan menjejaki langkah mereka satu hati nanti...

    ReplyDelete
  3. Belasungkawa.. Al-fatihah..

    ReplyDelete
  4. Salam JR. Macamana dia boleh terkena barah paru-paru? Biasanya kan penyakit ni lelaki yg kena sebab merokok. Erm.. apa2pun.. semuanya kuasa Allah. Al Fatihah.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....