Salam pagi Sabtu buat semua pembaca blog JR
Pagi ni JR nak bercakap sikit tentang ilmu kebal, kereta kebal dan kekebalan.
Bukan saja manusia, binatang pun ada yang ingat dia kebal. Gajah yang besar ingat dia kebal, singa Raja Rimba ingat dia kebal, buaya Raja sungai juga ingat dia kebal. Buaya ingat kerana kulitnya tebal, kukunya besar dan kuat, rahangnya gagah, dia tak kan tumpas. Tapi ingat...
Jangan ingat kulit kau tebal
kau selamanya kebal.
Jangan ingat kuku kau besar dan kuat
semuanya kau boleh telan bulat-bulat.
Jangan ingat ekor kau pantas melibas
semua makhluk akan tumpas.
Kau harus tahu
jika semua kami bersatu
sebilah lidi akan jadi penyapu
dan kau akan menangis tersedu
Di bawah ni foto-foto pertarungan sekumpulan singa dengan seekor buaya ganas yang gambarnya diambil oleh seorang fotografer, Tony Goldman, di safari Duba Plains, Botswana, selatan Afrika. Kumpulan singa itu dikatakan naik angin apabila seekor anak mereka dibaham buaya tersebut dan bagi membals dendam mereka menyerang buaya ganas itu dengan geram....
Buaya itu cuba menyerang kaki salah seekor singa..
Tapi rakan singa datang membantu
Bersatu tenaga menyerang...jangan ingat kulit tebal kau sangat kebal!!
Strategi menyerang...seekor singa serang kepala, dua lagi cuba membaham badan buaya
Buaya terdongak kesakitan selepas diserang bertubi-tubi
Buku bertemu ruas...rahang kau kuat tapi rahang aku pun kuat juga!!
Jom kita lapah kulit buaya yang dah mampos ni kita jadikan tali pinggang dan beg tangan...
Tiada yang kebal di dunia ini
tiada yang kekal di planet ini
jangan cakap besar dan hari-hari kerjamu cuma melibas
segagah mana pun suatu hari kau akan terkapar tumpas
Hanya Allah yang Maha Gagah dan Maha Besar....
Spt ada maksud tersirat dlm entri ni, JR...spt menyindir sesuatu pihak pulak...
ReplyDeletepilihanraya tak lama lagi hehehhee
ReplyDeleteSepandai-pandai buaya akhirnya mati ke mulut singa...
ReplyDeletekesian pulak tengok
ReplyDelete