Salam buat semua pembaca blog JR
Semalam ketika menyusuri beberapa blog sahabat, JR singgah dalam satu blog yang berbicara tentang poligami. Secara kebetulan petang tadi JR menghadiri satu kenduri masuk rumah baru ipar JR. Tiba-tiba isu tentang poligami dibincangkan secara tak sengaja. Ia bermula apabila seorang ustaz usia 20an diusik rakan-rakannya kerana mempunyai dua orang isteri tapi dalam kenduri tadi kedua-dua isterinya tak hadir kerana kedua-duanya masih dalam pantang bersalin.
Ketika itu tiba-tiba JR teringat nostalgia lama di kampung dulu. Di kampung JR di Pulau Pinang, tinggal sebuah keluarga harmoni di mana ketua keluarganya mempunyai dua orang isteri. Yang istimewa tentang keluarga ini ialah kedua-dua isteri dan anak-anak mereka tinggal dalam sebuah rumah besar yang sama. Rekabentuk rumah ini sangat menarik: di tengah rumah terdapat ruang tamu yang besar, di sebelah kanan ruang tamu ialah bilik isteri pertama dan bilik anak-anaknya manakala di sebelah kiri ruang tamu ialah bilik isteri dan bilik anak-anaknya.
Walaupun mereka mempunyai ibu yang berbeza, tapi anak-anak isteri pertama dan kedua sangat rapat antara satu sama lain. Begitu juga dengan isteri pertama dan kedua, mereka sangat rapat, selalu berjenaka dan bertepuk tampar penuh sopan antara satu sama lain. Ia bukan satu lakonan di depan orang ramai, kerana bila JR (ketika itu masih budak-budak) ke rumah mereka untuk mengajak anak mereka bermain, dua madu itu sering kelihatan bersembang mesra macam adik-kakak kandung, rapat sungguh!
Bila isteri pertama bersalin, isteri kedualah yang sangat sibuk menjaga isteri pertama dan anaknya hingga lepas pantang. Begitu juga bila isteri kedua bersalin, isteri pertamalah yang sangat sibuk menjaga isteri kedua dan anaknya hingga lepas pantang.
Bila melihat cerita kezaliman ibu tiri terhadap anaknya yang banyak dipaparkan dalam drama Melayu, JR selalu bertanya: betul ke begitu, ibu tiri jahat? Ketika itu JR teringat jiran yang mempunyai dua isteri yang hidup mereka begitu harmoni kat kampung dulu itu. Sapa kata ibu tiri jahat? Bukan semua ibu tiri jahat...
jahat.
ReplyDeletetak caya? tengok lela manja.
atau bawang merah.hahaha
jahat.
ReplyDeletetak caya? tengok lela manja.
atau bawang merah.hahaha
alhamdulillah bang...beruntung kalau dpt yg mau serumah dan mau saling bantu membantu.
ReplyDeletewahhh...tu barulah setaio JR!kehkehkehke XD
ReplyDeletebermadu?...wow...isu sensetif nih..seriau nak komen.
ReplyDeleteMemang pun bukan semua ibu tiri jahat. Tapi memang konfem bukan semua ibu tiri baik...
ReplyDelete