»

03 March 2012

Jackie Chan Maut Nahas Jalan Raya


Salam buat semua pembaca blog JR.

Korang yang meminati filem kungfu pasti kenal Jackie Chan kan? Filem-filemnya memang selalu meletup di panggung wayang di seluruh dunia. Tangkas, pantas, dramatik dan lucu adalah jalan cerita yang biasanya dibintangi oleh Jackie Chan sejak dulu.

Bagi korang peminat filem kungfu dan peminat filem-filem Hong Kong jangan pengsan lagi selepas membaca tajuk entri di atas. Baca dulu berita di bawah ni hingga habis:

SANDAKAN, SABAH - Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat. 

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.



 Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan.

Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. - (Sumber: Bernama)
JR: Jadi yang meninggal kerana kecelakaan jalan raya tu bukannya Jackie Chan pelakon filem Hong Kong, tapi Jacky Chan aktivis politik Sabah.

2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....