»

29 February 2012

Seram....Foto-Foto Zombie Mengamuk Di Sydney

Salam malam Khamis buat semua pembaca blog JR.

Korang pasti pernah dengar cerita tentang zombie kan? Bukan zombie Kg Pisang ciptaan Mamat Khalid, tapi zombie yang benar-benar wujud. Mengikut  cerita yang pernah JR baca, zombie bukanlah cuma dongengan, ia memang benar-benar wujud. Zombie sebenarnya berasal dari pulau Haiti sebuah pulau di Carribean. Zombie berasal daripada mayat yang dihidupkan dengan kuasa sihir mengikut amalan vodoo. Kebanyakan mayat-mayat hidup ini dijadikan hamba oleh orang-orang kaya Haiti untuk bekerja di ladang-ladang tebu mereka. Mereka bekerja tanpa gaji, mereka juga tak perlu makanan, mereka cuma hidup dengan bacaan mentera-mentera tertentu. Mereka merupakan sekumpulan mayat hidup yang punya jasad tanpa roh, mereka tak boleh bercakap, mereka hanya bekerja dan bekerja dengan penuh setia.

Itu zombie di tempat asalnya, Haiti. Baru-baru ini pada 25 Februari 2012 di Hyde Park, Sydney, Australia tiba-tiba menjelma seorang wanita dengan wajah menyeramkan. Sekumpulan kanak-kanak menjerit: "auuuuuuu...zombie, zombie, zombie, lariiiiiii!!!"

Tak lama kemudian lebih banyak jelmaan zombie muncul dan berkeliaran di sekitar kawasan itu - lelaki dan perempuan. Dengan wajah hodoh dan titisan darah memenuhi pakaian, mereka seperti ingin memusnahkan manusia di dunia ini. Lihatlah betapa seramnya ketika itu: 




Sebenarnya foto-foto wajah zombie di atas bukanlah gambaran zombie sebenar. Ia adalah manusia berpakaian zombie sempena pesta tahunan  Zombie Walk untuk derma Yayasan Otak  Australia yang diadakan di Sydney pada 25 Februari lepas.

Kalaulah Mamat Khalid ketika itu berada di Sydney, pasti akan membangkitkan ideanya bagi mengarahkan filem "Zombie  Hyde Park" pula....

10 comments:

  1. Hahahah...

    Terus ingat mat Khalid ye JR.. Mereka daring.. Kretiviti yang tak terlintas pada akal saya. Mungkin budaya kita tidak membuat kita terpikir hingga ke situ, walaupun untuk tujuan amal...

    Walaupun apa pun solekan zombie itu seni.. Heheh

    ReplyDelete
  2. erk,mnakutkan je depa ni sume =_=

    ReplyDelete
  3. kalau jumpa yg betul mlm2...mau pitam huhuuu

    ReplyDelete
  4. hee~ mmg mcm filem zombie mamat kalid laa.. haha.. tp nyh mgkin lg menyeramkan.. :)

    ReplyDelete
  5. setailo gilerrr!hoho nak jadi zombie jugakklahhh!...kehkehkehhh

    ReplyDelete
  6. sakit kepala lady tgk gambar2 seram camni.. huhuhuhu.. otak xleh terima..

    ReplyDelete
  7. lola sheril1/10/12 9:42 PM

    mmm.... klu zombie btl2 ade kt sydny pasty ruby akan memburunya dan ruby itu adalah lola sheril okey.

    ReplyDelete
  8. hahah... jgn nak tipu org. dosa. itu lakonan saja. bukannya betu betul berlaku

    ReplyDelete
  9. Ak bru je nk sound psl gmba zombie ni bkn btul , ak scroll bawah trus xjd 😏

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....