Salam malam Sabtu buat semua pembaca blog JR
Ramai antara kita (termasuk JR) kadang-kadang tidak tahu di tubuh kita ada titik-titik magis yang jika digunakan ia dapat membantu diri sendiri dan diri orang lain. Misalnya ramai yang tidak tahu kuasa mata boleh digunakan untuk menguasai fikiran orang lain. Begitu juga ada orang menggunakan matanya untuk menggerakkan benda lain, malah membengkokkannya. Ia sebenarnya bukan sihir, cuma dengan kekerapan latihan kita dapat menggunakan titik magis ditubuh untuk melakukan keajaiban.
Tapi apa kena dengan paha wanita yang JR jadikan tajuk entri malam ni? Paha wanita juga ada keajaibannya, ada kuasa magisnya hingga dapat memukau pemikiran seseorang lelaki. Seseorang lelaki yang fikirannya semak boleh menjadi tenang hanya dengan meletakkan kepalanya di atas paha seorang wanita. Tak percaya?
Jika tak percaya tanyalah Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Tok Guru Nik Aziz menyatakan dia sering tidur di atas paha (riba) isterinya setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian. Dan tidur di atas riba isteri itulah antara rahsia kebahagiaan rumah tangga dia dengan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Menurut Tok Guru Nik Aziz lagi, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja. Wah, hebatnya kuasa magis riba seorang wanita bergelar isteri, semua masalah boleh hilang di atas ribaan!!
Selain dari tidur di atas riba isteri, ada dua lagi rahsia kebahgiaan rumah tangga Nik Aziz seperti yang tersiar dalam Harian Metro hari ini iaitu:
i) Berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari
ii) Isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.
iii) Suami perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak
Kepada pembaca blog ni yang dah kawin, JR nak tanya: selalukah korang tidur di ribaan pasangan korang? Jika tidak pernah melakukannya, boleh lakukannya mulai hari ini. Jika jarang-jarang melakukannya, eloklah dikerap-kerapkan lagi supaya rumah tangga korang aman bahgia seperti Tok Guru Nik Aziz yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November 2012 ini.
Dorang sgt sweet..
ReplyDeleteada terbaca jugak tips Dato' Nik Aziz nieh,.. tips otai nie mmg berguna, amalkan jom...
ReplyDeleteingatkan paha pompuan yang btol tadi...hahaah
ReplyDeleteSweet la tuan guru. Saya suka dia ni.
ReplyDeleteo00..ini tips dy...
ReplyDeletesesungguh nya wanita mmg selalu byk kelebihan.. sukar nk di ungkapkan..
ReplyDelete