Bila kali pertama korang tengok laptop? Seingat JR yang sedikit jakun ni, JR cuma mengenali laptop tak sampai 10 tahun yang lalu. Sebelum tu cuma mengenali PC biasa yang bentuknya macam TV 14".
Tapi tahu ke korang laptop sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1981 ketika sebahagian korang belum lahir di dunia ini lagi??
Sebenarnya di tahun 1970-an idea mewujudkan komputer peribadi yang portabel telah mula dipikirkan oleh Alan Kay yang ketika itu bekerja dengan syarikat Xerox PARC. Projek laptop pertama yang diilhamkan oleh Kay ini dinamakan Osborne 1. Laptop pertama di dunia ni dilancarkan pada tahun 1981 dengan beratnya sekitar 11 kg. Lebih berat dari sekampit beras 10 kg!!
Laptop ini walaupun kelihatan besar tapi ia cuma dilengkapi dengan layar kecil monitor 5 inci, seolah-olah seperti seekor gajah yang mempunyai mata kecil. Inilah foto laptop pertama di dunia yang agak kelakar dengan body besar tapi screen kecil itu:
Osborne 1 menggunakan sambungan letrik dan bateri, disokong oleh dua floppy drive ukuran 5 ¼ inci, modem port, keyboard, bateri pack dijual dengan harga US $1800 atau kira-kira RM5,500. Mahal kan??
Bagaimana dengan kelajuan laptop ni?, Bayangkan seorang ahli gusti Sumo seberat 200 kilogram diminta berlari marathon, begitulah lembab dan slownya laptop ni. Tapi ketika itu, itulah peralatan komputer tercanggih di zamannya. Ketika itu di Malaysia pejabat-pejabat kerajaan dan swasta masih menggunakan mesin taip yang kerja menaipnya disertai dengan bunyi yang sangat bising.....

No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....