»

23 February 2012

Kerana Ikut Pepatah Melayu, Ibu Masuk Penjara


Salam pagi Khamis buat semua pembaca blog JR.

Korang pasti setuju dengan JR kan, banyak pepatah Melayu tak sesuai lagi dengan zaman. Memang banyak pepatah yang baik, tapi tak kurang juga yang jika diikuti akan membawa padah.

Misalnya pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat". Nak ikut adat punya pasal sampai  sanggup korbankan anak? Sanggup ke korang (yang dah ada anak tu) sanggup biarkan anak korang mati untuk mempertahankan adat yang ada antaranya bertentangan dengan agama kita sendiri? Pasti ramai yang tak sanggup!! Susah-susah mengandung sembilan bulan, kemudian biarkan anak mati kerana nak mempertahankan adat.

Satu lagi pepatah ialah "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan" Hmmm...sayang jenis apa tu sampai nak tinggal-tinggalkan isteri. Kalau tinggal lapan jam kerana pergi kerja tak apa la juga, tapi kalau buat tinggal hingga lapan bulan, silap-silap isteri akan cari "suami lain" baru padan muka.

http://media7.mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Ibu-Cubit-Anak-Hingga-Lebam-Didenda-RM7000.jpg

"Sayangkan anak tangan-tangankan" juga kena tengok-tengok juga, jangan sebarangan "tangan-tangankan" anak, kerana jika silap "tangan-tangankan" anak jadilah korang macam cik akak kita ni:

MELAKA – Tindakan seorang ibu yang mencubit tangan anaknya sampai lebam kerana malas menukarkan baju mangsa menyebabkan wanita itu dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Maszuridah Kuming, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mengikut pertuduhan, Maszuridah yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di sini didakwa menyebabkan anak lelakinya yang berumur lima tahun mengalami kecederaan. Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini. 

Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam (kerana tidak mampu) dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah.

Zaharah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM7,000 terhadap tertuduh. Tertuduh gagal membayar denda (kerana tak mampu) dan perlu menjalani hukuman penjara selama enam bulan. (Sumber: Harian Metro)


JR agak tersentuh hati membaca berita ini. Memang  sekali-sekala dalam mendidik anak (pengalaman JR sendiri) kita perlu "tangan-tangankan" mereka. Tapi "tangan-tangankan" itu perlu dibuat secara berhemah bagi mendidik anak agar tidak mengulangi kesilapan mereka. Kalau dah sampai "tangan-tangankan" anak hingga mereka tercedera, tak patut sangatlah. Ia bukan mendidik, tapi melepas geram!

Tapi kadang-kadang dalam menghakimi kes seperti ini kita juga perlu lihat latar belakang kejadian. Mungkin ketika itu ibu ini sedang mengalami tekanan, maklumlah nak menjaga empat anak dengan pendapatan yang sangat kecil bukanlah mudah, anak bongsu pula masih menyusu. Mungkin dalam keadaan tertekan seperti itulah menyebabkan jari jemari si-ibu telah terlebih menyepit hingga anaknya tercedera.

Sekarang kasih anak dan ibu terpisah bila ibu terpaksa masuk penjara. Kesian anak-anaknya seramai empat orang tu, terutama yang masih menyusu, sapa nak jaga? 

Jika ibu malang itu ada sedikit wang dan mampu mengupah peguam yang bijak, mungkin Hakim menjatuhkan hukuman berbeza....

2 comments:

  1. Kesian jugak.Betul la ckp JR, kita tak tau masalah dia. Mungkin terlalu tertekan dgn hidup dia kot.

    ReplyDelete
  2. kesiankan....sokong gan lydsunshine..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....