Salam pagi Rabu buat semua pembaca blog JR.
Sebenarnya JR agak menyampah nak berblogging beberapa hari ni. Ini kerana tiba-tiba saja tahap kelajuan internet dah slow merudum serudum-rudumnya. Nak tulis entri pun perlu kesabaran yang sangat tinggi. Nak melawat blog rakan-rakan pula menjadi satu perjalanan yang lebih sukar dari berada di medan perang...
Tapi atas semangat setiakawan, JR menulis juga.
Pagi ni JR nak bawa korang isu moral manusia-manusia yang kononnya maju tapi otaknya berkarat. Di dunia Barat telah menjadi seperti tren masa kini jika tak berpuashati dengan sesuatu isu, maka wanita mereka akan berkumpul di jalanraya sambil mempamerkan payu dara mereka.
Tapi kini tren hodoh itu bukan saja menjadi milik orang-orang biasa yang tak bermaruah, malah wakil rakyat mereka juga dah berani nak tayang-tayang payu dara dan benda-benda lain yang patut disimpan dalam baju dan seluar/skirt mereka.
Di Slovakia, sekumpulan 17 wakil rakyat daripada Parti Slovakia's Freedom and Solidarity (SaS) termasuk wanita bergambar beramai-ramai dalam keadaan bogel. Mereka berbogel dalam satu kempen untuk melucutkan imuniti Ahli-Ahli Parlimen daripada dikenakan dakwaan jika membuat kesalahan. Mereka - lelaki dan wanita, tua dan tak begitu tua - berdiri beramai-ramai bertelanjang bulat sambil memegang kain rentang besar bertulis 'Hapuskan Kekebalan (Immunity) Wakil-Wakil Rakyat"
Walaupun mungkin ramai yang setuju dengan kempen mereka, tapi yang menjadi persoalan mengapa perlu berbogel jika nak memperjuangkan sesuatu? Mengapa jika nak memperjuangkan isu imuniti kena tunjuk benda-benda sulit di atas dada dan di celah kelangkang kepada orang ramai?? Mengapa?
Jika wakil rakyat yang dianggap bijak pandai itu pun begitu berani menunjukkan tahap moral mereka yang dah rosak, apa lagilah rakyat yang mengundi mereka? Dan apa pula perasaan suami, isteri, anak dan cucu wakil-wakil rakyat itu melihat bapa, ibu, nenek dan atuknya bertelanjang beramai-ramai?
Rosak..rosak..
TENET LAMBAT HUHUHU TAK TAHU KENAPA...KADANG2 TUE NAK KE SATU BLOG LOADING HAMPEH!! TUE YG LAMA TAK SINGGAH SINI...
ReplyDelete