Salam buat semua pembaca blog JR.
Hari ini JR terlewat muncul lagi. Apa nak buat agak sibuk.
Hari ni JR nak ceritakan korang satu misteri yang melanda sebuah pekan kecil bernama Tambov di barat Russia. Sekumpulan doktor di hospital pekan kecil itu agak pening kepala dengan kehadiran beberapa pesakit lelaki akhir-akhir ini. Pesakit-pesakit ini datang dengan simptom sakit yang sama: mereka menghadapi keracunan klonidin serta rasa sakit dan sengal pada alat sulit mereka. Anehnya lelaki-lelaki ini tidak begitu ingat apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka, kecuali mereka diajak minum oleh seorang wanita cantik berambut merah di sebuah apartmen. Menurut mereka, wanita itu sangat peramah, santun dan mesra.
Lepas minum di apartmen wanita itu, mereka tak ingat-ingat apa-apa lagi, kecuali berada di suatu kawasan sunyi dengan satu rasa sakit yang amat sangat di bahagian sulit mereka. Akhirnya hospital tersebut merujuk kes pelik ini kepada pihak polis.

Polis mula mensyaki sesuatu yang tak kena apabila jumlah pesakit lelaki dengan aduan yang sama meningkat di hospital. Siasatan polis kemudiannya membawa kepada penangkapan seorang wanita berusia 32 tahun yang dituduh merogol 10 lelaki kacak dan macho dengan menggoda mereka melalui kecantikannya. Wanita itu yang dikenali sebagai Valeria K kemudiannya menerima gelaran Black Widow kerana hobinya yang gemar mengumpul labah-labah beracun di samping suka mencederakan lelaki kacak selepas merogol mereka dengan cara yang sangat ganas.
Valeria: cantik tapi ganas
Valeria dalam pengakuannya memberitahu bahawa dia memujuk lelaki-lelaki kacak dan macho ke apartmennya. Di apartmennya, lelaki-lelaki ini dihidangkan minuman keras.
Sesuatu yang lelaki-lelaki itu tidak tahu ialah minuman yang dihidangkan kepada mereka itu bukanlah minuman biasa. Valeria mengaku mencampur klonidin ke dalam minuman itu bagi mengkhayal dan membuatkan kesemua mangsa pengsan selama 24 jam. Selepas mangsanya pengsan, Valeria mengikat pangkal alat sulit lelaki-lelaki yang sudah terangsang itu dengan tali. Tujuan dia berbuat demikian adalah supaya alat sulit lelaki-lelaki itu terus menegang selama berjam-jam dan di ketika itulah Valeria akan merogol mangsanya berapa kali dia suka sepuas-puasnya hatinya.
Setelah selesai merogol mangsanya berkali-kali hingga puas, Valeria akan mengheret mangsa dan mencampakkannya ke kawasan yang jauh dari penempatan manusia. Anehnya, sebaik sahaja tersedar mangsa tidak dapat mengingati apa-apa, kecuali mereka pernah bertemu dengan seorang wanita cantik yang sangat baik hati dan peramah!! (Sumber: wcnews.com).
JR: Dalam dunia di akhir zaman ini macam-macam perkara pelik boleh berlaku. Tidak ada manusia yang suka dirogol, baik wanita mahu pun lelaki, kerana hubungan indah hanya terjalin dengan mesra jika ada cinta di hati keduanya...

wow, kaku terkelu huhu tak sangka
ReplyDeleteoh tidak..pompuan ini sungguh menakutkan..ngaaa!
ReplyDelete