»

21 January 2012

Cuma Bayar RM3.08 Untuk Main 'Rosmah Mansor'


Macam-macam bila dah popular!! Bila popular macam-macam orang boleh buat. Bila popular bukan saja nama, tapi perangai orang itu pun dijadikan bahan permainan. Bertuahnya orang itu!!
Korang tau tak apa permainan yang paling popular di Malaysia masa kini? Rupanya antara permainan yang paling popular di Malaysia ialah permainan yang berwatakkan seseorang yang mirip Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dikatakan seorang yang sangat pemboros itu. Permainan itu bernama Aku Jimat yang dibangunkan oleh Apple adalah  diilhamkan dari watak Datin Seri Rosmah. Permainan itu kini muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia.
Syarikat yang membangunkan permainan elektronik itu, Antartica Group, kini mengenakan bayaran AS$0.99 (RM3.08) bagi setiap muat-turun. Pemainan itu memaparkan watak kartun yang mirip Datin Seri Rosmah  lengkap dengan model rambut gerbangnya,merupakan satu-satunya yang dibangunkan oleh syarikat berkenaan dan boleh didapati di Apple App Store untuk pengguna iPod, iPad dan iPhone telah dilancarkan pada 17 Januari lalu.



Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM1,000,000).
Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom (seperti Altantuya, model Monggolia yang dibom di Malaysia). Bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

(Sumber: malaysiakini)

3 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....