»

10 January 2012

Apa Syamsul Dah Buat Sampai Aaron Aziz Terlantar Di Hospital??


Beberapa hari lepas JR ada buat satu entri mengenai perangai artis kita yang suka bergaduh sesama sendiri. Artis A kritik artis B, artis C hentam artis D bukan perkara baru dalam dunia hiburan Malaysia. Ia sering terjadi, sebab tu lah rancangan Melodi di TV3 masih hidup, kerana tak habis-habis dipenuhi dengan cerita artis bergaduh.

Tapi kalau setakat kritik dan hantam yang menggunakan mulut sebagai wadah untuk serang menyerang tu mungkin boleh tahan. Jika dah sampai peringkat ada artis cedera masuk ke hospital kerana perbuatan artis lain, teruk lah kan??

Apa pun, korang bacalah berita kat bawah ni yang membabitkan dua figura penting dunia hiburan tanah air: pengarah muda, Syamsul Yusof dan aktor terkacak Malaya Aaron Aziz:
 
 


PETALING JAYA: Pengarah filem KL Gangster 2 Syamsul Yusof menolak dakwaan mengatakan keterujaannya untuk mendapatkan impak luar biasa pada babak-babak aksi filem terbarunya itu telah mengakibatkan pelakon Aaron Aziz mendapat kecederaan di lokasi penggambaran filem itu malam Isnin.

Sebaliknya, Syamsul berkata sebagai seorang pengarah yang berpengalaman dalam pembikinan filem aksi, dia sentiasa mengutamakan aspek keselamatan para pelakon dan krew.

"Saya tidak pernah minta pelakon melakonkan aksi yang keterlaluan dan berbahaya. Sebagai pengarah, sudah tentu saya begitu menitikberatkan aspek keselamatan para pelakon dan krew ketika di lokasi penggambaran. Bagaimanapun insiden kecederaan yang menimpa Aaron Aziz itu tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan. Saya mendapat tahu dia cedera pada malam semalam (Isnin) dan akan berjumpa dengannya di lokasi sebentar lagi," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Syamsul berkata insiden tersebut disebabkan oleh keinginan para pelakon yang terlalu komited dan bersungguh-sungguh untuk melakonkan babak-babak aksi sehingga sanggup berhadapan dengan risiko kecederaan.


Diminta mengulas tentang babak yang mengakibatkan kecederaan pada pelakon kacak itu, Syamsul berkata ketika penggambaran adegan pergaduhan di antara watak Malik lakonan Aaron Aziz dan Tailong (Rosyam Nor) berlangsung, tiada sebarang insiden buruk yang terjadi di lokasi.

"Kalau mengikut perancangan, Malik bergaduh dengan Tailong daripada dalam kelab sehingga ke jalan raya. Mereka akan bergaduh di atas bumbung kereta dan Malik jatuh berguling lantas dilanggar kereta. Bagaimanapun, Aaron mahu memberikan lebih impak, di mana dia memutuskan untuk berlari dan menghempaskan diri ke arah kereta yang sedang bergerak. Semuanya dalam keadaan baik ketika di lokasi dan saya terkejut apabila diberitahu Aaron ditahan di hospital selepas selesai penggambaran itu.

"Namun, saya bersyukur ia bukan kecederaan serius kerana Aaron sudah keluar dari hospital dan kembali ke lokasi pada hari ini," katanya.

JR: Oooo begitu rupanya... Nasib baiklah kereta tu tak heret Aaron atas jalan sampai terkoyak muka hensemnya tu. Jika tidak, Aaron dengan muka berparut mungkin cuma sesuai melakonkan watak-watak gangster saja lepas ni...



3 comments:

  1. hhahha aaron tengah laris skrg ni. jgn la cedera teruk huhu

    ReplyDelete
  2. tak minat aaron ajiz ! >_<

    ReplyDelete
  3. ha'a..JR,jadik gangster aje memanjang.hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....