»

10 January 2012

Aneh..Telefon Bimbit Menjelma Menjadi Lesung


Salam pagi Selasa buat semua pembaca blog JR.

Bangun saja pagi ni, JR dah tergelak. Mengapa tergelak? Mau tak tergelak, di tahun 2012 ni rupanya masih ada cerita magik seperti zaman dulu-dulu. Zaman dulu banyak cerita jelma menjelma seperti katak menjelma menjadi putera raja, ibu menjelma menjadi ikan kaloi, manusia menjelma enjadi batu dan macam-macamlah lagilah jelmaan...

Tapi  telefon bimbit menjelma menjadi lesung, ah...ia memang seperti tak percaya, tapi itulah realitinya:

Ikuti cerita Mohd Faizrul mengenai telefon bimbit ajaibnya yang menjelma menjadi lesung itu:
 
 
Mohd Faizrul menunjukkan ibu lesung yang diterimanya...

 
“Saya beli tiga telefon bimbit pada 6 Disember lalu dan buat bayaran ke akaun milik seorang lelaki.  Tetapi sehari selepas itu, saya terkejut apabila barang dalam bungkusan yang dihantar sebenarnya adalah ibu lesung,” katanya ketika perbicaraan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, semalam.
 
Mohd Faizrul berkata, dia tidak berpuas hati selepas cuba menghubungi pemilik nombor telefon itu tetapi enggan dijawab dan mendapati syarikat itu tidak wujud.
 
Presiden TTPM, Quaik Ching Yu dalam penghakimannya menegaskan pihak menuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak selepas dapati ada masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.
 
“Penuntut perlu pilih satu pihak untuk fail tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat, manakala duit dimasukkan ke akaun peribadi individu, mereka akan saling menolak,” katanya.
 
Mohd Haizrul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat itu dan meneruskan tuntutan terhadap pemilik akaun yang terima pembayaran.
 
Ching Yu mengarahkan lelaki yang terima bayaran itu memulangkan semula RM3,250 kepada Mohd Haizrul.
(Sumber: sinarharian)

4 comments:

  1. Mak aih... lesung batu terus. Jahat la org yg tipu ni.

    ReplyDelete
  2. hish! bahaya nie....takut jugak beli benda lain dapat benda lain hihihi

    ReplyDelete
  3. Hahha sabo jela.

    ReplyDelete
  4. tu le seelok-elok nk beli biar nampak barang dahulu bru bank in duit ...jika bank dulu ini lah jadinya ..jdi batu terus ..ha3...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....