Salam pagi buat semua pembaca blog JR.
Apa kabar semua? Semoga semuanya baik-baik saja. Ini kerana ada orang bangun pagi bersama sebuah berita baik. Ada pula orang bangun pagi dengan berita tak baik.Dan bila kita terbaca berita ada orang yang nasibnya tak baik, kita pun turut simpati.
Misalnya JR hari ni sangat simpati kepada seorang aktor bila baca berita ni:
Fizo Omar, aktor tampan tu diburu bank kerana berhutang RM2 juta? Kalau hutang bank 2 juta rupiah (kira-kira RM600) bolehlah minta pinjam mak, bapa atau atuk, tapi hutang RM2 juta nak korek kat mana, bukan sikit maaa...
Tapi apa yang lebih malang dalam kisah tragedi Fizo Omar ni ialah apabila dia mendakwa namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi suatu pinjaman yang dibuat tanpa pengetahuannya sendiri.
Menceritakan lebih lanjut Fizo berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di KL oleh seorang kenalan pada tahun 2008. Dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.Tapi pembabitannya dalam syarikat tu tak lama, beberapa bulan kemudian Fizo meletak jawatan.
"Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran," katanya seperti yang tersiar dalam Kosmo.
Sebenarnya cerita orang kena tipu, diperdaya menjadi penjamin sama ada secara sedar atau tidak bukanlah perkara baru. Semua orang boleh kena tipu jika tak berhati-hati, bukan saja Fizo, JR dan korang pun boleh kena tipu!! Mengikut Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat semalam dalam tempoh 6 bulan ni saja ada kira-kira 100 kes penipuan menjadi penjamin bank seperti yang berlaku ke atas Fizo. Itu dalam tempoh 6 bulan, kalau dalam tempoh 5 tahun pasti mungkin 1,000 kes yang serupa!!
JR bersimpati dengan Fizo, JR memahami masalahnya, kerana JR juga masih menjadi penjamin kepada seorang rakan yang meminjam dari MARA untuk melanjut pelajaran di UK. Lepas pulang ke Malaysia kawan JR tu kerja dengan satu syarikat besar. Tapi lepas tu dia buka syarikat sendiri, kini dia dah mampu beli kereta besar dan rumah besar. Malangnya kawan JR ni sangat liat nak bayar balik hutang, kadang-kadang dia bayar, kadang-kadang dia tak bayar. Dan bila hutangnya tertunggak, surat peringatan dari MARA pun sampai kepada JR untuk membawa kes ini ke mahkamah. Pening kepala sungguh, orang lain yang berhutang dan kini senang lenang, kita yang jadi penjamin ni pula yang nak di bawa ke mahkamah!!



orang yang paling kaya adalah orang yang takde hutang...tul tak JR? :)
ReplyDeletexleh percaya sgt kawan2 pun..
ReplyDeleteMyHeart: Org yg banyak hutang pun kaya juga...kaya dgn hutang!!
ReplyDeleteIeDa: Memang ramai kawan yg kencing kawan...
ReplyDeleteKepada sesiapa yg belum menjadi penjamin baik tak payah la. Zaman sekarang ni payah nak percaya kan org tau...
ReplyDeleteTue bahaya jadik penjamin orang nie...
ReplyDeleteSalam ziarah dari blogger daimpressive (Serak Itu Suatu Abstrak, Nampak Nyata, Boleh Dirasa, Kedengaran Ada, Tapi Fizikalnya Tiada. Arena perkongsian ilmu dan budi, perundangan, santai dan sukan.).
ReplyDeleteSila layari link berikut untuk sedikit kupasan dari sudut perundangan:
http://suaraserak.blogspot.com/2011/12/fizo-vs-bank-2011-bahagian-i.html
dan
http://suaraserak.blogspot.com/2011/12/fizo-vs-bank-2011-bahagian-ii-secara.html