»

14 December 2011

SBPA ...Mengelirukan, Terburu-buru, Tolong Jangan Tanda Tangan Lagi!!



Di petang suram ni, JR nak bercakap sedikit mengenai SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam). Jika korang bukan kakitangan awam, pasti entri mengenai SBPA ni agak membosankan. Tapi jika korang kakitangan awam, pasti isu SBPA yang tak habis-habis dibincang di kantin, dalam pejabat dan di tempat parkir kereta sesuatu yang menarik. Nak sign ke tidak??

SBPA yang pada mulanya dilihat sebagai satu skim perkhidmatan dan  gaji baru kakitangan awam yang menarik sebaliknya kini kelihatan sebagai skim yang penuh dengan kontroversi.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sendiri telah menasihatkan anggota perkhidmatan awam supaya  jangan menanda tangani opsyen untuk menerima SBPA lagi. Tunggu dulu!!! 

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya akan membuat keputusan esok sama ada menerima atau menolak SBPA. Keputusan untuk menerima atau menolak SBPA akan diputuskan oleh 135 ahli persatuan gabungan Cuepacs dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.

"Kongres ini khusus membincangkan SBPA kerana taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kami hanya menyentuh perkara dasar. Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan," kata Datuk Omar dalam taklimat kepada anggota-anggota Cuepacs negeri Kedah sebentar tadi. Katanya tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat. Nak semak pun tak sempat, nak faham lagi, tiba-tiba suruh tanda tangan...macam mana?

Katanya hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini menunjukkan ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA. Mereka sebaliknya meminta JPA melanjutkan tempoh menandatangani surat tawaran SBPA yang turut juga akan dibincangkan esok.

1 comment:

  1. dah la susah nak faham... pekeliling yg keluar pun tak lengkap semua lagi... konfius suda...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....